Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Rabu, 2 Mac 2011

Kepala Lembu


Urban legend kali ni pasal cerita lucu ke? Apa kena mengena dengan kepala lembu? Nak buat masak rendang? Mana ada orang makan kepala lembu pun…habis tu apa? Lembu gila?

Bukan…anda silap… takde yang lucunye…jauh sekali saya nak buat cerita lawak dalam blog saya ni. Kalau cerita-cerita yang bakal nak buat anda tak dapat tidur malam ada la…

Okay! Berhenti mengarut. Berbalik kepada tajuk asal kita tadi mengenai Kepala Lembu. Apa yang istimewa nya dengan kepala binatang ni? Dan kenapa pula saya jadikan ianya tajuk entri saya pada kali ni? Mungkin bagi segolongan besar kita dekat Malaysia ni langsung tidak takut bila tengok kepala lembu yang dah kena sembelih terutama sekali bila masuk time Raya Korban. Geli pun tidak. Tapi…tapi tahukah anda? Kisah yang melibatkan kepala lembu ini menjadi mitos lagenda yang amat mengerikan bangsa jepun beratus-ratus tahun lamanya (perasan tak orang jepun tak makan daging merah sangat terutama sekali lembu kalau babi dia orang makan, ini cuma pandangan mengarut saya sahaja ya jangan cuba buat kontroversi).

Kisah seram yang dikenali sebagai “Kepala Lembu”ini adalah dikenal pasti sebagai kisah yang paling seram pernah diceritakan kepada mereka semenjak zaman dahulu lagi. Peliknya bangsa jepun ini. Walaupun kehidupan mereka dilingkungi dengan segala kemajuan dan kecanggihan ciptaan mereka beserta dengan pencapaian mereka sebagai di antara bangsa yang terhebat di dunia tetapi mereka masih lagi dimomokkan dengan pantang-larang dan kisah-kisah lagenda dan mitos yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Buktinya mereka gemar mengadaptasikan kisah-kisah seram lagenda mereka di dalam gaya penceritaan moden seperti manga, anime dan filem seperti Ringu, Ju-On, Dark Water, sekadar menyebut beberapa nama.




Asal-Usul

Kisah Kepala Lembu ini dikatakan amat menyeramkan dan mampu menyebabkan kematian kepada orang yang mendengarnya disebabkan ketakutan yang melampau. Tidak terkecuali juga kepada orang yang memperdengarkan cerita tersebut. Dipercayai hidup si pencerita itu juga tidak akan lama. Siapakah yang menulis dan mereka kisah tersebut juga tidak diketahui dan kekal misteri.

Berdasarkan lagenda, kisah ini telah mula beredar di kalangan bangsa jepun pada abad ke 17. Kebanyakan mereka hanya mengetahui tentang tajuk kisah tersebut dan mengatakan bahawa ia adalah sebuah cerita yang amat menakutkan dan tidak boleh diceritakan. Adakah ianya hanya khabar angin tidaklah juga dapat dikenal pasti. Sesiapa yang mendengar cerita tersebut akan mengalami ketakutan yang amat sangat dan menggeletar seluruh badan tanpa kawalan selama beberapa hari yang berakhir dengan kematian.

Pemerintah Jepun pada masa dahulu telah mengisyhtiharkan kisah kepala lembu ini adalah sangat merbahaya dan memerintahkan rakyatnya supaya membakar dan menghapuskan apa-apa sahaja catatan bertulis mengenai kisah ini untuk mengelakkan lebih ramai rakyat jepun yang menjadi korban. Tetapi ada juga di kalangan rakyat nya yang ingkar dan secara diam-diam menyembunyikan buku tersebut dan menceraikannya kepada beberapa helaian muka surat. Ceraian-ceraian kisah itu dikatakan terselamat daripada dimusnahkan selama beberapa abad dan dipercayai masih lagi wujud sehingga kini . Tetapi siapakah yang menyimpannya tidaklah diketahui.

Apa yang menjadi misteri selama ini ialah apa kah yang menjadi intipati kandungan kisah tersebut sehingga ia mampu membunuh orang. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menceritakan apa yang sebenarnya ada dalam kisah tersebut . Lagipun sesiapa yang menceritakannya pun tidak akan dapat hidup lama.

Kisah Guru Dan Muridnya

Ada sebuah kisah yang berhubung kait dengan kisah kepala lembu ini mengenai seorang guru lelaki yang mengajar di sekolah rendah. Pada suatu hari, guru ini secara tidak sengaja menjumpai ceraian kisah lembu ini yang terselamat. Dimana dia menjumpai ceraian itu tidaklah disebutkan tetapi beliau telah membaca ceraian itu sehingga habis dan menjadi amat tertarik dengan kisah ini. Beliau juga dikatakan seperti dirasuk oleh sesuatu selepas membaca cerita ini.

Tidak lama kemudian, beliau telah mengikuti rombongan pelajar sekolah rendah dengan menaiki bas. Guru ini seorang yang suka bercerita kepada anak muridnya dan cerita yang gemar diperdengarkan oleh guru ini adalah cerita hantu. Perjalanan dalam bas yang pada mulanya membosankan di kalangan para pelajar itu menjadi menarik sebaik sahaja guru tersebut memulakan ceritanya. Dari satu cerita ke satu cerita. Mereka mula ketakutan di dalam bas tetapi mendengar setiap buah cerita dengan teliti.

Dan tibalah masanya si guru itu meperdengarkan kisah lembu tersebut. Sebelum sempat beliau menghabiskan mukadimah kisah itu, para pelajarnya mula berasa takut dan cuba menghalangnya daripada terus menceritakan kisah hantu lagenda itu. “Berhenti! Jangan cerita!” Tetapi si guru tidak mengendahkan larangan mereka dan tetap meneruskannya. Ada dikalangan kanak-kanak itu menjadi pucat lesi, menjerit dan menekup ke dua-dua telinga dengan tangan. Para pelajar yang mendengar cerita guru itu menyaksikan perubahan karakter yang mendadak pada guru tersebut. Guru tersebut seperti orang yang kerasukan hantu, matanya berubah putih, suaranya berubah dan ada sesuatu yang mengawal fikirannya.

Hampir sejam berlalu, barulah guru itu selesai bercerita dan kembali semula ke keadaan asal. Guru itu terkejut bila mendapati bas yang dinaiki sudah merempuh longkang. Semua mata pelajar terbeliak seperti berada dalam ketakutan yang amat sangat dan tidak sedarkan diri, mulut mereka juga berbuih. Tidak terkecuali juga pemandu bas yang mengalami nasib yang sama. Apa yang terjadi seterusnya tidaklah diketahui dan semenjak itu guru itu tidak lagi menceritakan kisah yang menakutkan itu kepada sesiapa pun. Adakah mereka semua masih hidup? Tiada sesiapa yang tahu.


Peringatan: Anggap ini sebagai hiburan semata-mata dan jangan cuba pulak ambil risiko sendiri nak cari pasal cerita ni kat mana-mana. Apa yang terjadi dekat anda, saya tak nak tanggung.


Sekian,
Plain Jane





8 ulasan:

Achilles Monoloules berkata...

Haha, nice, tak pernah dengar pun cerita ni, thanks ya =)

Nourkusmadewi Bt Jarawi berkata...

oh ye ke?

aman_arab berkata...

menarik nih..ingatkan ada cerita hantu kepala orang aka hantu penanggal ja..rupanya hantu kepala lembu pun ada gak..

Plain Jane berkata...

penanggal? uii..ngeri nye

Unknown berkata...

uih..ade jugak hantu lembu..hantu kambeng takde.??


Singgah & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

hanisa sabrina berkata...

mengerikn!!

Plain Jane berkata...

hantu sapi pun ada! wakaka...

!meimei cik ayu! berkata...

bru tau spesis yang nie..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...