Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Sabtu, 27 Jun 2009

TOMIE, SI GADIS PENGGODA YANG MISTERI

Genre: Horror, romantik, gore


"Tomie, saya dah jatuh cinta dengan awak. Bolehkah awak menjadi teman wanita saya?" Itu adalah ayat yang sering diungkapkan oleh lelaki-lelaki naif yang terpikat atau terjatuh cinta dengan Tomie. Tatkala si gadis jelita menerima cinta suci mereka, dunia terasa bagaikan syurga kerana berjaya memiliki gadis jelita ini tetapi perasaan itu membunuh mereka kerana si gadis bukanlah gadis yang boleh disandarkan harapan bahagia kerana dia adalah penghancur kebahagiaan dan pemusnah kehidupan mereka selama-lamanya. Dia adalah syaitan bertopengkan manusia dan jika anda tahu siapakah dirinya yang sebenar, anda mungkin tidak akan berharap untuk jatuh cinta atau mengenalinya sedikit pun.




Ringkasan dari komik Tomie karya Junji Ito:

"Tomie adalah seorang gadis yang anda berharap anda boleh lupakannya. Dia seharusnya tidak boleh disentuh, senyum, disapa dengan mesra, didekati atau membuatkannya marah. Dia sangat cantik dan mengiurkan dan anda akan menyintainya sampai mati sehingga sanggup membunuhnya. Tetapi dia tetap akan hidup kembali selepas dibunuh walaupun apa cara anda membunuhnya, ditetak banyak kali, dibakar atau ditikam dengan pisau, dia tetap hidup kembali. Bahagian anggota badannya atau cebisan -cebisan kecil dari daging tubuhnya yang tertinggal di sebalik almari, ditanam dlm tanah, bawah karpet, tong sampah, sungai atau dimana sekalipun anda membuangnya tetap akan tumbuh kembali menjadi dirinya dan akibatnya akan membuatkan bilangan gadis syaitan ini bertambah banyak. Ternyata dia sangat sukar dibunuh atau dimusnahkan. Tidak ada satu cara pun yang dapat dilakukan untuk menghapuskannya."



Ringkasan di atas adalah terjemahan dari ringkasan komik yang saya lakukan sendiri. Melalui ringkasan di atas anda dapat serba sedikit gambaran cerita yang terkandung di dalam manga Tomie. Tomie pada permulaan cerita adalah seorang remaja perempuan yang masih bersekolah dan dia telah dibunuh oleh seseorang yang obses atau cemburu dengannya. Dan pada suatu hari ketika seluruh penghuni sekolahnya masih bersedih atas kematiannya, dia tiba-tiba kembali datang ke sekolah tersebut tanpa menunjukkan tanda-tanda telah dibunuh. Dia sentiasa periang, manja dan menggoda. Semua pelajar hairan dengannya dan mengganggap Tomie yang mereka temui itu bukanlah Tomie yang asal. Mereka mula menjauhinya menyebabkan dia sedikit hairan tetapi walaubagaimnapun daya tarikannya terhadap kaum lelaki tidak pernah terjejas. Banyak pelajar lelaki menaruh hati dengannya termasuklah guru lelaki. Tomie juga menjalinkan hubungan sulit dengannya gurunya sendiri sehingga menyebabkan perselisihan faham diantara guru tersebut dengan pelajar-pelajarnya. Pelajar perempuan pula banyak mencemburuinya termasuklah rakan karibnya sendiri. Akibat terpengaruh dengan perasaan cemburu dan mencintai Tomie, guru tersebut bergaduh dengan pelajar-pelajar lelaki sehingga dengan tidak sengaja menyebabkan Tomie terbunuh. Demi untuk menyembunyikan mayat Tomie, mereka mengerat tubuhnya kepada ketulan-ketulan kecil dan membuangnya ke mana sahaja. Pembunuhan ke atas Tomie berterusan dan akibat terlalu menyayangi Tomie, guru dan mereka yang mencintainya menjadi gila dan sanggup membunuh antara satu sama lain. Ini merupakan sinopsis dari episod pertama manga Tomie. Yang kedua dan seterusnya akan saya ulas kemudian.



Manga Tomie adalah manga yang berjaya mengangkat nama Junji Ito di persada seni komik dan ditulis dlm dua siri dlm "Museum of Terror, Junji Ito's horror collection". Melalui manga ini beliau memperoleh Kazuo award dan gaya penceritaan manga ini unik dan pelik. Bagi saya, Tomie ini tidak dinyatakan asal-usulnya yang sebenar sama ada dia manusia atau pun makhluk lain. Bagi saya dia mungkin syaitan atau manusia klon yang terjadi hasil eksperimen yang gagal sebab ada satu episode tu, kepala die walapun dah dipotong dan direndam dlm asid pekat pun masih lagi boleh tumbuh. Itu pandangan saye je sebab Junji Ito tak cakap pun die ni sebenarnya spesis makhluk ape. Tetapi sesuatu yang menjadi simbol identitinya ialah tahi lalat di bawah mata kanannya yang tidak pernah hilang walaupun banyak kali dibunuh.

Kebolehan dia dalam memukau dan menarik perhatian lawan jenisnya sehingga mereka tunduk dengan kata-katanya adalah luar biasa. Lelaki-lelaki yang menjadi mangsanya sanggup menurut kehendaknya termasuklah membunuh.

Tomie juga seorang gadis yang tamak dan memiliki nafsu yang besar. Dia tidak pernah puas dengan kecantikannya dan memanipulasi kebolehannya merosakkan kehidupan dan hubungan kekasih lain. Dia sanggup melakukan apa sahaja dan berselindung di sebalik wajah yang jelita, sifat lemah-lembut dan manja. Ternyata dia memiliki ciri-ciri gadis idaman yang sempurna. Walaubagaimanapun, sehebat manapun kuasa tarikan kewanitaan nya, dia juga punya kelemahan. Tomie sangat benci bila gambarnya diambil kerana kecantikannya tidak dapat diabadikan di dalam gambar dan melalui gambarlah rahsia kewujudannya sebagai makhluk hodoh terbongkar. Tomie sangat terkilan kerana tiada seorangpun yang dapat melukis atau mengambil gambarnya dengan cantik.


Ketika saya membaca manga ini, saya dapat merasakan perasaan benci dan meluat dengan gadis misteri ini (istilah gadis tergedik-gedik). Junji Ito telah berjaya melahirkan perasaan benci dikalangan pembaca manga ini terhadap watak Tomie. Dia adalah gadis yang kita rasa macam nak bunuh die je sebab Tomie ni memang jahat, perosak lelaki dan perosak kebahagiaan couple yang lain. Tapi lepas bunuh die hidup balik, tu yang tension tu. Saya syorkan anda baca komik ini, sebab komik ni memang best, angker, romantik dan ngeri sebab banyak scene bunuh-membunuh dan tetak-menetak. Kalau anda berani silakan dan komik ni ada serba-sedikit scene nudity (biasalah manga jepun memang banyak macam tu) . Komik ni sesuai untuk orang above 18 je kot walaupun xde pun tertulis U pun, saya main pakai belasah je bace. And kalau ada sesiapa yang weak hearted and mudah loya, x dinasihatkan untuk bace, just for info. Nak bace ke tak nak ke terpulang. Komik ni memang susah nak cari kat Malaysia, saya dpt pun melalui download kat internet je. Tu pun lama gak nak cari. Memang dah lama nak bace Tomie ni.

Walau apa pun, Tomie is one of Junji Ito's greatest work dan rugi kalau tak bace untuk peminat komik seram. Next update saya akan review episode kedua Tomie. Dibawah adalah beberapa strip dari manga Tomie.




Selasa, 23 Jun 2009

Mangaka Jepun Ternama



Junji Ito

Untuk permulaan, saya akan memfokuskan mengenai beberapa mangaka genre seram Jepun terkenal dan karya-karya mereka. Ini akan saya ceritakan secara seorang-demi seorang. Dan mangaka yang saya pilih untuk menjadi tajuk perbualan dalam blog saya pada musim ini (maybe dalam beberapa bulan sebab karya beliau sangat banyak) ialah Junji Ito.

Baiklah, mari kita mengenali dengan lebih dekat mengenai diri beliau.

Junji Ito, mungkin ada segelintir peminat komik seram di Malaysia tahu mengenai mangaka ini dan beliau adalah mangaka seram yang sangat terkenal di Jepun. Beliau dilahirkan pada tahun 1963 di Gifu dan sangat meminati seni lukisan komik sejak kecil lagi. Sejak kecil, Junji dipengaruhi oleh karya-karya nukilan the Godfather of japanese horror, Kazuo Umezu dan gemar melihat kakaknya melukis. Sejak kecil, bakat melukisnya sudah terserlah dan beliau terus melukis sehingga dewasa walaupun sibuk mengikuti jurusan doktor gigi. Beliau juga boleh dikatakan berjaya didalam kedua-dua bidang yang diceburinya iaitu sebagai doktor gigi dan mangaka.

Pada tahun 1987,beliau bergiat dengan lebih aktif dalam dunia komik sejak memenangi Umezu award iaitu anugerah tertinggi untuk mangaka seram memalui komiknya yang bertajuk Tomie (akan diulas kemudian). Sejak dari itu, namanya semakin meniti di bibir peminat-peminat komik seram dan beliau semakin banyak menghasilkan karya-karyanya yang digambarkan cukup eerie, disturbing, bizarre and twisted horror di majalah-majalah komik dan novel grafik seram. Karya beliau sangat unik, cantik walaupun kind of disturbing dan kebanyakan karyanya mengambil gadis remaja sebagai watak utama. Bagi saya, penceritaan karya beliau lebih kepada orang muda atau remaja dan karya seram beliau lebih menyentuh mengenai kejadian - kejadian aneh yang kita tidak pernah bayangkan berlaku di sekeliling kita . Ianya tidak semestinya kisah hantu seperti yang selalu kita baca tapi sesuatu yang misteri membuatkan kita terfikir apakah penyebab kepada kejadian tersebut dan kesan teruknya kepada orang sekeliling.

Diantara karya-karya termasyur Junji Ito adalah seperti Tomie, Uzumaki, Hellstar Remina, Gyo dan banyak lagi. Semua karya ini akan saya ulas kemudian.

Ada juga diantara karya-karya tersebut telah diadaptasikan ke filem seperti Uzumaki, Tomie, Kakashi dan Long Dream. Tetapi filem-filem tersebut mendapat kritikan pedas kerana hasil efek seramnya kurang menyerlah jika dibandingkan dengan komik beliau. Walaubagaimanapun, komik karya beliau adalah yang terbaik setakat yang saya temui buat kali ini. Komik-komik beliau juga mendapat sambutan hangat diluar negara seperti USA, Brazil, Itali dan Perancis juga tidak ketinggalan di beberapa buah negara Asia. Karya-karyanya dialih bahasa ke bahasa asing untuk memudahkan pembacaan. Beliau juga telah berjaya mengumpul peminatnya dari seluruh dunia.

Kesimpulannya beliau adalah mangaka seram yang berjaya meletakkan tempatnya yang tersendiri di hati peminat-peminatnya berdasarkan penceritaan dan gaya lukisan yang unik. Beliau adalah ikon manga genre seram Jepun pada masa kini.



Isnin, 23 Februari 2009

Kartunis & Komik Seram


Salam, saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya kerana sudi melayari laman blog yang tidak seberapa ini. Tujuan saya mewujudkan laman blog ini adalah untuk berkongsi hobi dengan peminat-peminat dunia seram sama ada di Malaysia, Indonesia, Brunei ataupun di mana sahaja yang tempat di dunia ini yang menggunakan bahasa melayu.

Kiranya...blog ini bolehlah dikatakan blog berbahasa melayu pertama yang memaparkan tentang dunia komik seram, harap-harap sayalah orang yang pertama yang mewujudkan blog sebegini. Buat pengetahuan para pembaca semua, saya suka mengumpul koleksi komik dari berbagai jenis genre seperti romantik, humor dan seram dan yang paling saya minat sekali adalah genre seram.

Di Malaysia, tidak banyak komik seram dihasilkan....hanya segelintir sahaja kartunis seram yang menghasilkannya seperti Oga dan Puyuh dari Gempak Starz (saya suka membaca karya mereka) dan ada beberapa orang lagi. Tidak banyak kartunis yang boleh menghasilkan karya seram yang mampu membuatkan pembaca tidak tidur malam dan jika mereka dapat membawa pembaca mereka ke alam fantasi buatan mereka, itu sudah cukup hebat, Tabik Spring!!!!


Okay! Berkenaan dengan tajuk utama kali ini iaitu kartunis & komik seram, saya akan membuat beberapa ulasan atau review mengenai kartunis seram dan komik seram yang dihasilkan mereka. Dan untuk posting yang akan datang saya akan membuat ulasan mengenai kartunis seram Jepun iaitu Junji Ito (He's my favorite horror mangaka, really love his story). Saya pernah cuba untuk mencari maklumat mengenai kartunis ini dalam website berbahasa melayu tapi takde langsung so I decided to make one.

Saya juga akan mengulas dan membuat ringkasan mengenai komik seram karya beliau yang ada di dalam koleksi saya (saya baca banyak kali, tak pernah boring). Banyak karya popular yang telah dihasilkannya seperti Uzumaki, Gyo, Tomie (semuanya ada di dalam tangan saya) dan beberapa lagi. Anda nak tahu dengan selanjutnya? Tunggu........

Dan sebelum mengundur diri.....jika anda seorang yang lemah semangat, penakut dan takut tengok darah, saya tidak akan bertanggungjawab sebab isi kandungan di dalam blog ini mungkin akan membuatkan anda sedikit terganggu. Dinasihatkan anda yang berumur kurang dari 12 tahun hendaklah mendapat tunjuk ajar dari ibu bapa dan jangan mudah terpengaruh dengan isi kandungan komik seram, jaga akidah anda. Ini hanyalah untuk hiburan semata-mata (don't take this thing seriously). Okay, Salam, adioss!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...