Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Sabtu, 27 Jun 2009

TOMIE, SI GADIS PENGGODA YANG MISTERI

Genre: Horror, romantik, gore


"Tomie, saya dah jatuh cinta dengan awak. Bolehkah awak menjadi teman wanita saya?" Itu adalah ayat yang sering diungkapkan oleh lelaki-lelaki naif yang terpikat atau terjatuh cinta dengan Tomie. Tatkala si gadis jelita menerima cinta suci mereka, dunia terasa bagaikan syurga kerana berjaya memiliki gadis jelita ini tetapi perasaan itu membunuh mereka kerana si gadis bukanlah gadis yang boleh disandarkan harapan bahagia kerana dia adalah penghancur kebahagiaan dan pemusnah kehidupan mereka selama-lamanya. Dia adalah syaitan bertopengkan manusia dan jika anda tahu siapakah dirinya yang sebenar, anda mungkin tidak akan berharap untuk jatuh cinta atau mengenalinya sedikit pun.




Ringkasan dari komik Tomie karya Junji Ito:

"Tomie adalah seorang gadis yang anda berharap anda boleh lupakannya. Dia seharusnya tidak boleh disentuh, senyum, disapa dengan mesra, didekati atau membuatkannya marah. Dia sangat cantik dan mengiurkan dan anda akan menyintainya sampai mati sehingga sanggup membunuhnya. Tetapi dia tetap akan hidup kembali selepas dibunuh walaupun apa cara anda membunuhnya, ditetak banyak kali, dibakar atau ditikam dengan pisau, dia tetap hidup kembali. Bahagian anggota badannya atau cebisan -cebisan kecil dari daging tubuhnya yang tertinggal di sebalik almari, ditanam dlm tanah, bawah karpet, tong sampah, sungai atau dimana sekalipun anda membuangnya tetap akan tumbuh kembali menjadi dirinya dan akibatnya akan membuatkan bilangan gadis syaitan ini bertambah banyak. Ternyata dia sangat sukar dibunuh atau dimusnahkan. Tidak ada satu cara pun yang dapat dilakukan untuk menghapuskannya."



Ringkasan di atas adalah terjemahan dari ringkasan komik yang saya lakukan sendiri. Melalui ringkasan di atas anda dapat serba sedikit gambaran cerita yang terkandung di dalam manga Tomie. Tomie pada permulaan cerita adalah seorang remaja perempuan yang masih bersekolah dan dia telah dibunuh oleh seseorang yang obses atau cemburu dengannya. Dan pada suatu hari ketika seluruh penghuni sekolahnya masih bersedih atas kematiannya, dia tiba-tiba kembali datang ke sekolah tersebut tanpa menunjukkan tanda-tanda telah dibunuh. Dia sentiasa periang, manja dan menggoda. Semua pelajar hairan dengannya dan mengganggap Tomie yang mereka temui itu bukanlah Tomie yang asal. Mereka mula menjauhinya menyebabkan dia sedikit hairan tetapi walaubagaimnapun daya tarikannya terhadap kaum lelaki tidak pernah terjejas. Banyak pelajar lelaki menaruh hati dengannya termasuklah guru lelaki. Tomie juga menjalinkan hubungan sulit dengannya gurunya sendiri sehingga menyebabkan perselisihan faham diantara guru tersebut dengan pelajar-pelajarnya. Pelajar perempuan pula banyak mencemburuinya termasuklah rakan karibnya sendiri. Akibat terpengaruh dengan perasaan cemburu dan mencintai Tomie, guru tersebut bergaduh dengan pelajar-pelajar lelaki sehingga dengan tidak sengaja menyebabkan Tomie terbunuh. Demi untuk menyembunyikan mayat Tomie, mereka mengerat tubuhnya kepada ketulan-ketulan kecil dan membuangnya ke mana sahaja. Pembunuhan ke atas Tomie berterusan dan akibat terlalu menyayangi Tomie, guru dan mereka yang mencintainya menjadi gila dan sanggup membunuh antara satu sama lain. Ini merupakan sinopsis dari episod pertama manga Tomie. Yang kedua dan seterusnya akan saya ulas kemudian.



Manga Tomie adalah manga yang berjaya mengangkat nama Junji Ito di persada seni komik dan ditulis dlm dua siri dlm "Museum of Terror, Junji Ito's horror collection". Melalui manga ini beliau memperoleh Kazuo award dan gaya penceritaan manga ini unik dan pelik. Bagi saya, Tomie ini tidak dinyatakan asal-usulnya yang sebenar sama ada dia manusia atau pun makhluk lain. Bagi saya dia mungkin syaitan atau manusia klon yang terjadi hasil eksperimen yang gagal sebab ada satu episode tu, kepala die walapun dah dipotong dan direndam dlm asid pekat pun masih lagi boleh tumbuh. Itu pandangan saye je sebab Junji Ito tak cakap pun die ni sebenarnya spesis makhluk ape. Tetapi sesuatu yang menjadi simbol identitinya ialah tahi lalat di bawah mata kanannya yang tidak pernah hilang walaupun banyak kali dibunuh.

Kebolehan dia dalam memukau dan menarik perhatian lawan jenisnya sehingga mereka tunduk dengan kata-katanya adalah luar biasa. Lelaki-lelaki yang menjadi mangsanya sanggup menurut kehendaknya termasuklah membunuh.

Tomie juga seorang gadis yang tamak dan memiliki nafsu yang besar. Dia tidak pernah puas dengan kecantikannya dan memanipulasi kebolehannya merosakkan kehidupan dan hubungan kekasih lain. Dia sanggup melakukan apa sahaja dan berselindung di sebalik wajah yang jelita, sifat lemah-lembut dan manja. Ternyata dia memiliki ciri-ciri gadis idaman yang sempurna. Walaubagaimanapun, sehebat manapun kuasa tarikan kewanitaan nya, dia juga punya kelemahan. Tomie sangat benci bila gambarnya diambil kerana kecantikannya tidak dapat diabadikan di dalam gambar dan melalui gambarlah rahsia kewujudannya sebagai makhluk hodoh terbongkar. Tomie sangat terkilan kerana tiada seorangpun yang dapat melukis atau mengambil gambarnya dengan cantik.


Ketika saya membaca manga ini, saya dapat merasakan perasaan benci dan meluat dengan gadis misteri ini (istilah gadis tergedik-gedik). Junji Ito telah berjaya melahirkan perasaan benci dikalangan pembaca manga ini terhadap watak Tomie. Dia adalah gadis yang kita rasa macam nak bunuh die je sebab Tomie ni memang jahat, perosak lelaki dan perosak kebahagiaan couple yang lain. Tapi lepas bunuh die hidup balik, tu yang tension tu. Saya syorkan anda baca komik ini, sebab komik ni memang best, angker, romantik dan ngeri sebab banyak scene bunuh-membunuh dan tetak-menetak. Kalau anda berani silakan dan komik ni ada serba-sedikit scene nudity (biasalah manga jepun memang banyak macam tu) . Komik ni sesuai untuk orang above 18 je kot walaupun xde pun tertulis U pun, saya main pakai belasah je bace. And kalau ada sesiapa yang weak hearted and mudah loya, x dinasihatkan untuk bace, just for info. Nak bace ke tak nak ke terpulang. Komik ni memang susah nak cari kat Malaysia, saya dpt pun melalui download kat internet je. Tu pun lama gak nak cari. Memang dah lama nak bace Tomie ni.

Walau apa pun, Tomie is one of Junji Ito's greatest work dan rugi kalau tak bace untuk peminat komik seram. Next update saya akan review episode kedua Tomie. Dibawah adalah beberapa strip dari manga Tomie.




1 ulasan:

AYIE berkata...

hai! :)
terjumpa blog awak waktu tengah google search gambar tomie..
nice review :)
saya pun ada buat jugak..
komik junji ito yang lain awak dah baca?
feveret saya spiral & intersection pretty boy
awak suka horror manga kan?
saya cadangkan awak baca manga hideshi hino & kazuo umezu
tok guru junji ito tu! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...