kisah aneh, komik seram, hantu,entiti,cult aneh, filem seram,teori konspirasi, UFO, Cryptozoology,aktiviti paranormal, unexplained phenomena, misteri kes jenayah, pra-sejarah, urban legend, lagenda
Khamis, 6 Oktober 2011
Perginya Steve Jobs
Perhatian: Entri ini merupakan entri khas sebagai mengenang segala jasa dan pengorbanan mendiang Steve Jobs dalam memajukan industri dan dunia teknologi gadget abad ini.
"We are deeply saddened to announce that Steve Jobs passed away today."
Begitulah pengumuman yang telah diucapkan oleh jurucakap Apple Inc pada 5 October 2011 mengenai kematian Steve Jobs.... belum lama selepas pelancaran Iphone 4S.
Steve Jobs telah meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat menderita penyakit kanser pankreas ayng telah dihidapi selama 8 tahun.
Dengan itu, berakhirlah episod kehidupan seorang pencipta gadget terhebat abad ini yang telah mencipta fenomena luarbiasa di dalam arena dunia teknologi komputer.
Dunia betul-betul telah kehilangan dan meratapi pemergian seorang manusia hebat. Steve Jobs yang merupakan pengasas bersama Apple Inc yang telah dimulakannya dari garaj milik keluarganya sehinggalah berkembang maju telah meninggalkan lubang besar yang mungkin payah untuk dicari ganti.
Saya tidak terkecuali merasa sedih... menatap Ipad 2 milik kesayangan saya terbayang di minda kegigihan beliau dalam merealisasikan cita-cita dan impian beliau walaupun sedang sakit bertarung dengan penyakit yang ditanggungi...beliau memang manusia unggul .
Lahirnya Ipod, Iphone dan Ipad atas usaha beliau yang tidak pernah mengenal penat lelah dan jemu...
Steve Jobs dikenali sebagai seorang yang berwawasan tinggi dan mindanya penuh dengan idea-idea kreatif. Walaupun dia seorang yang sangat sibuk tapi beliau merupakan seorang bapa dan suami yang penyayang kepada keluarganya.
Steve seorang yang sentiasa percaya terhadap kebolehan diri sendiri dan mereka-mereka ayng di bawah didikannya. Beliau seorang yang suka berfikir di luar kotak dan 'gila bermimpi'. Beliau dengan sedaya upaya akan cuba merealitikan angan-angannya walaupun berdepan dengan berjuta rintangan.
Seharusnya kita mencontohi sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dalam mengejar cita-cita dan jangan mudah mengalah kepada sindiran dan kekurangan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan