Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Ahad, 27 Februari 2011

Pembunuhan Adik-Beradik Smith

Apakah yang dimaksudkan dengan “Urban Legend”? Mengikut definisi yang saya perolehi ianya bermaksud kisah-kisah popular yang diperturunkan dari mulut ke mulut tanpa dapat disahihkan kebenarannya kerana kekurangan atau tiada bukti. Persamaan kepada kisah “Urban Legend” adalah mitos atau dongengan dahulu kala tetapi apa yang berbeza ialah “Urban Legend” berlaku di zaman moden. Kebanyakan “Urban Legend” yang kita dengari lebih cenderung berkisar kepada kisah seram , aneh atau pembunuhan misteri tetapi “Urban Legend” juga boleh menyentuh pelbagai aspek lain tanpa berkait dengan perkara yang melibatkan aktiviti paranormal.


Dan pada entri kali ini saya ingin menceritakan mengenai salah satu kisah “Urban Legend” yang paling popular pada abad ini mengenai kisah pembunuhan dua orang beradik perempuan keluarga Smith yang dibunuh di dalam bilik tidur mereka. Kisah nya bermula begini…..


John Yang Nakal

John Smith, merupakan seorang anak lelaki tunggal keluarga Smith dan tinggal di Plainfield, Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau masih remaja dan dilimpahi kemanjaan oleh orang tuanya dan ini membuatkan John bersikap agak nakal. Beliau mempunyai hobi suka menakutkan orang dengan cara menghantar emel berantai sekadar untukbergurau dengan rakan-rakan sibernya. Tetapi beliau tidak tahu bahawa hobi peliknya akan memakan dirinya sendiri tidak lama lagi…

Suatu hari pada bulan November 2007, beliau telah menerima emel daripada dua orang gadis yang menamakan diri mereka sebagai “Adik-beradik Smith”. Apa yang menghairankan John ialah mereka mengaku bahawa mereka merupakan kakak kandungnya. Di sinilah saat bermulanya kejadian misteri yang menghantui diri John. Setahu beliau, beliau merupakan satu-satunya anak tunggal ibu bapanya malahan ibu-bapanya tidak pernah sekali pun menceritakan tentang kehadiran kakak-kakakkandungnya kepada nya. Tetapi mereka mengaku bahawa mereka pernah tinggal di rumah itu dan pernahjuga mendiami bilik yang sama dengan John…

John mula menjadi marah dengan pengakuan mengarut daripada dua orang gadis itu dan menyumpah seranah mereka di dalam emel balasan dan menyuruh mereka jangan mengganggu beliau lagi.

Bermulanya Enigma Misteri

Gangguan emel gadis-gadis itu tidak berakhir di situ sahaja. Pada keesokan hari, John menerima satu lagi emel daripada mereka. John sangat terkejut apabila menjumpai gambar dua orang anak gadis di dalam emel itu dengan perkataan “The Smith Sisters Murdered Anonymously” tertera di bawah gambar. Mereka sekali lagi cuba meyakinkan John bahawa mereka merupakan kakak-kakak kandungnya dan pada tahun 1993, mereka pernah tinggal di rumah itu. Di dalam emel itu mereka menceritakan kisah-kisah mereka dari kecil sehingga dewasa, saat-saat bahagia mereka ketika tinggal di rumah itu dan bagaimanakah mereka boleh mati dibunuh…

Di dalam emel yang dihantar itu ada juga menyelitkan keratan akhbar mengenai pembunuhan yang berlaku ke atas mereka.

“In 1993, two sisters were brutally murdered in the small-town community of Plainfield, Wisconsin. Lisa Smith, 19 and her sister, Sarah Smith, 15 were attacked in their parent’s home on the night of November 17th, around 1:30AM. The Smith Sisters were lying in bed when a crazed killer broke into the house. No-one heard them scream. In the morning, their parents found the dead bodies of the Smith Sisters hidden in the bedroom closet. They had been skinned alive. The killer was long gone and no trace of him could be found. They had been murdered anonymously. Police conducted an extensive investigation, but to no avail. The motives for the attack were never discovered, nor was the attacker ever found. The only lead athorities had was a series of strange emails found in Lisa’s computer. The case was closed in October of 2000.”

Terjemahan

Pada 1993, dua orang gadis telah dibunuh secara kejam di sebuah pekan di Plainfield, Wisconsin. Lisa Smith, 19 dan adiknya, Sarah Smith, 15 telah dibunuh di kediaman keluarga mereka pada malam 17 November dijangka kejadian itu berlaku pada pukul 1.30AM. Dua orang adik-beradik ini dipercayai sedang tidur di atas katil mereka ketika penjenayah tersebut memecah masuk ke dalam kediaman mereka. Tidak ada seorang pun yang mendengar jeritan mereka. Dan pada keesokan paginya, ibu bapa mereka telah menjumpai mayat kedua-duanya yang telah disembunyikan di dalam almari bilik tidur mereka. Kulit mereka telah disiat hidup-hidup. Pembunuh itu sudah pun menghilangkan diri tanpa dapat dikesan jejaknya. Mereka telah dibunuh tanpa dapat diketahui identity pembunuh sebenar. Pihak polis telah menjalankan berbagai siasatan dan percubaan untuk menangkap pembunuh tersebut tetapi sia-sia. Motif pembunuhan tersebut tidak diketahui dan pembunuh itu juga langsung tidak dapat dikesan. Apa yang dapat dijadikan bahan bukti hanyalah emel-emel berantai yang telah dijumpai di dalam komputer pribadi Lisa. Kes pembunuhan ini telah ditutup pada tahun 2000.”

Pada pengakhiran emel tersebut, mereka menjelaskan bahawa mereka sangat marah kerana kes pembunuhan mereka telah ditutup dan semua orang telah melupakan mereka. Tambahan pula ibu bapa mereka telah mengambil keputusan untuk mendapatkan seorang lagi anak dan anak yang baru itu dinamakan John Smith. Apa yang sangat mereka kesalkan ialah ibu-bapa mereka langsung tidak pernah menceritakan mengenai kisah pembunuhan mereka dengan adik baru mereka iaitu John.

John menjadi sangat marah dan membalas emel mereka dengan mengatakan yang beliau langsung tidak mempercayai apa yang disampaikan. Beliau tidak mempercayai yang beliau mempunyai pertalian darah dengan dua orang gadis itu mahupun keratan akhbar yang telah dibacanya. Beliau menyumpah mereka di dalam emel dan menyuruh mereka pergi ke neraka terus dan jangan menganggu hidup beliau lagi. Tidak lama selepas itu, beliau mendapat balasan emel segera dari mereka dan dengan dada yang berdebar-debar beliau membuka emel balasan tersebut.

Emel tersebut menyebut “Kalau awak tak percaya, cuba lihat dalam almari awak.” Dengan perasaan yang gementar beliau pun berjalan perlahan-lahan menghampiri almari itu. Beliau membukanya dengan berhati-hati dan tiba-tiba.....

Itulah merupakan detik terakhir buat John Smith. Pihak polis langsung tidak dapat mengesan siapakah yang menghantar emel terakhir tersebut.

Di dalam almari tempat mayat John ditemui, mereka telah menemui mesej yang di ukir menggunakan benda tajam yang tertulis “Lisa and Sarah-1993” dan dibawah nya pula tertulis “John – 2007.”

Selepas kejadian malam John dibunuh, ibu bapanya menjumpai yang budak lelaki itu sudah tiada di atas katil tetapi mereka telah terlihat darah keluar melalui celah-celah bawah almari. Alangkah terkejutnya mereka bila mereka menjumpai mayat John dengan kulitnya telah disiat-siat di dalam almari itu. Keadaan fizikal mayat John sama seperti apa yang menimpa anak-anak perempuan mereka terdahulu.

Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang telah berlaku dan bagaimanakah John boleh mati dalam keadaan yang serupa seperti kakak-kakaknya. Malahan polis pun buntu dalam mencari punca kejadian sebenar. Apa yang dapat mereka jumpai hanyalah emel berantai pengirim misteri di dalam komputer John.

Ibu bapa mereka merasa amat sedih dengan takdir yang menimpa mereka. Bagaimanakah anak-anak mereka boleh mati dalam keadaan yang tragis itu. Susah untuk dipercayai yang peristiwa pembunuhan anak-anak perempuan mereka berlaku sekali lagi terhadap John. Dan apa yang menjadi persoalan misteri selama ini tanpa dapat dirungkaikan ialah siapakah yang membunuh adik-beradik Smith?



Sekian,

Plain Jane

Khamis, 24 Februari 2011

Pompeii, Kota Seks

Amaran: Penulisan kali ini bersifat agak matang dengan memperlihatkan beberapa perkataan dan gambar yang kemungkinan boleh menganggu keselesaan para pembaca. Diharapkan pembaca sentiasa berfikiran positif dalam meneruskan pembacaan ini. Bagi mereka yang tidak gemar dengan sesuatu yang ekstrem boleh meninggalkan entri ini. Bagi mereka yang tiada masalah dengan hal ini digalakkan meneruskan pembacaan sampai habis sebagai sumber pengajaran kita bersama. Terima kasih.




Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.

Surah Al Qashash, ayat ke-59


Sejarah Pompeii
Al- Quran telah menceritakan kepada kita tentang banyak kisah umat-umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah S.W.T. atas kezaliman dan penderhakaan mereka terhadap hukum Allah Azzawajalla. Sungguh banyak tamadun hebat telah lahir pada zaman dahulu tetapi angkara dari perbuatan mereka yang melampau batas-batas kemanusiaan, mereka telah dilenyapkan terus dari muka bumi ini dengan hanya meninggalkan tinggalan sejarah untuk dikaji oleh pakar arkeologi. Ada di antara sejarah kehebatan tamadun itu telah diceritakan di dalam Al-Quran melalui kisah para rasul yang diutus untuk membawa kebenaran dan membetulkan penyimpangan kemanusiaan yang telah berlaku.
Kisah Nabi Lut a.s yang berdepan dengan perlakuan luar tabii kaumnya yang melampai batas mungkin sudah acap kali dibaca dan didengar oleh anda sekalian. Tetapi tahukah anda ada sebuah lagi tamadun di mana masyarakatnya mempunyai perlakuan jijik yang serupa dengan kaum Nabi Lut. Mereka adalah masyarakat Kota Pompeii. Ironinya masyarakat ini juga telah menerima pembalasan yang agak serupa dengan apa yang telah diterima oleh kaum Nabi Lut.



Pompeii, merupakan sebuah kota pada zaman Rom purba yang telah dikesan terletak berdekatan dengan kota Naples di mana pada sekarang ini termasuk dalam wilayah Campania, Itali. Pompeii dikesan wujud pada abad ke-79 sebelum masihi dan di percayai sebagai salah sebuah kota Rom yang sangat maju dan makmur pada masa itu. Tanah Pompeii dianugerah kan kesuburan yang amat baik dan industri pertanian merupakan industri yang utama dalam menjana ekonomi Pompeii. Selain dari bidang pertanian, Pompeii juga menjadi tumpuan para pedagang dari luar dan dalam Rom untuk berdagang dan melalui pertemuan pelbagai bangsa dan masyarakat menerbitkan cabang-cabang ilmu lain seperti seni bina, kesenian yang boleh dikesan dari tinggalan mural-mural erotik di dinding bangunan yang telah runtuh dan seni muzik. Melalui pertembungan budaya yang pelbagai ini dipercayai menjadi di antara penyebab terhakisnya norma-norma kemanusiaan dan keagamaan dalam diri setiap masyarakat Pompeii.

Akibat dari kegiatan industri perdagangan yang amat rancak dan kedatangan orang asing yang tidak terkawal di Pompeii menyebabkan timbulnya permintaan kepada industri seks di Pompeii. Rumah – rumah pelacuran, permandian bogel dan persundalan telah didirikan dengan banyaknya mungkin beratus atau beribu untuk memenuhi permintaan tersebut. Dengan sifat keterbukaan para pemimpin Pompeii yang kemaruk kuasa dan sesat dalam nafsu syahwat telah menghalalkan industri jijik ini menjadi penjana kepada kekayaan Pompeii. Masyarakat Pompeii yang kemaruk seks ini juga dipercayai menyembah alat sulit seperti patung berhala dan menggantungkan arca-arca berbentuk kemaluan lelaki atau perempuan di depan pintu rumah. Acara-acara keramaian dan parti seks liar sudah menjadi lumrah dan suatu kewajiban kepada masyarakat Pompeii. Lelaki bermukah dengan lelaki, wanita dengan wanita malah pasangan suami isteri boleh bertukar-tukar pasangan dengan pasangan lain. Dan jangan terkejut kanak-kanak juga melakukan perkara yang sama. Mereka telah menjadikan seks sebagai tuhan mereka dan hidup mereka tidak akan lengkap jika tidak memuaskan nafsu di antara satu sama lain.

Belum lagi menyentuh dalam isu perhambaan dan pembunuhan binatang, masyarakat Pompeii merupakan masyarakat yang gelap hatinya, langsung tidak ada rasa prikemanusiaan kepada makhluk lain. Kanak-kanak baik lelaki atau perempuan dirampas semenjak kecil lagi dari keluarga miskin yang berhutang atau pun kalah perang dan diperkosa dan diasuh sebagai hamba seks sehingga dewasa. Sesiapa hamba yang bertindak melawan atau penduduk yang cuba menyeru kearah kebaikan akan dibunuh dengan kejam dengan cara penyeksaan maut atau dijadikan makanan binatang buas.
"Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

Surah Al-Ankabut ayat ke-29

Masyarakat Pompeii yang kebanyakannya homoseksual ini juga suka mengganggu lelaki-lelaki tampan yang baru datang ke tempat mereka dengan cara menyamun atau menggoda dan memperkosa mereka secara luar tabii. Sesungguhnya keadaan rohani masyarakat Pompeii sudah tidak terkawal lagi dan mereka tenggelam dalam arus nafsu keduniaan yang menyesatkan, sehinggalah bala bencana dari lahar panas Vesuvius melenyapkan peradaban mereka terus dari muka bumi ini…….


Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit.

Surah Al-Hijr, ayat ke-73

Vesuvius Mengganas

Gunung berapi sepi, si Vesuvius yang berdiri teguh dan kaku selama beribu-ribu tahun berdekatan kota Pompeii akhirnya meletus dengan hebatnya seperti diarah sehingga memuntahkan lahar panas membara, batuan panas dan gas-gas sulfuric beracun memancut ke luar angkasa raya beratus-ratus kilometer tingginya. Pada awalnya, penduduk Pompeii tidak menghiraukan petanda bencana yang bakal menimpa mereka seperti keringnya air tasik dan mata air dan terus-terusan menjalani kehidupan keduniaan mereka yang penuh kesesatan sehinggalah bunyi letupan Vesuvius menyentakkan deria kesedaran mereka. Lahar panas menggelegak Vesuvius turun dengan lajunya menuruni lembah gunung dan membanjiri setiap laluan yang ditempuhnya. Manakala debu-debu panas dan beracun menghamburi setiap ruang kosong yang ada dan menggelapkan penglihatan penduduk Pompeii. Mereka terpana dalam keterkejutan yang amat sangat. Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Peradaban yang hebat hancur dalam sekelip mata. Orang ramai bertempiaran lari ke sana ke mari dalam usaha menyelamatkan diri dari ditempuh oleh ombak lahar yang panas. Ternyata usaha tersebut sia-sia, tiada satu apa pun yang dapat melepasinya. Nyawa mereka dicabut ibarat sepantas kilat. Belum sempat untuk berbuat apa-apa, tubuh mereka sudah pun kaku tidak bergerak. Yang paling menjijikkan, ada di kalangan mereka mati dalam keadaan sedang bersenggama dan meliwati diantara satu sama lain, tidak berupaya untuk melepaskan tubuh yang sudah melekat. Sangat azab kematian yang diterima….

Kesan-Kesan Tinggalan Pompeii






Gambar-gambar di atas merupakan mayat-mayat sebenar masyarakat Pompeii yang telah terawet menjadi batu selama beribu-ribu tahun selepas bencana Gunung berapi Vesuvius. Perhatikan eksperesi wajah mayat-mayat tersebut. Mereka seakan-akan berada dalam keadaan terseksa dengan kesakitan yang maha dashyat sehingga meragut nyawa mereka. Kebanyakan mayat ini masih dalam keadaaan yang sempurna cuma bezanya tubuh mereka sudah mengeras seperti batu akibat tertimbus di dalam lapisan debu tebal yang menyejuk selama 1600 tahun. Pakaian yang melekat di tubuh, gigi dan barangan lain masih berada dalam keadaan yang baik
.


Kota Pompeii telah lenyap selama 1600 tahun tetapi ditemukan kembali secara tidak sengaja pada tahun 1599 oleh seorang jurubina bernama Fontana semasa beliau sedang sibuk menggali jalan baru untuk ke Sungai Sarno. Menurut sumber yang tidak diketahui, beliau dikatakan telah tejumpa lukisan-lukisan dan arca-arca erotik semasa penggalian dilakukan tetapi telah menguburkannya semula atas dasar kesopanan dan malu dengan apa yang dijumpai beliau. Selepas itu tugas ekskavasi arkeologi diserahkan kepada Giuseppe Fiorelli dan bukan setakat mayat yang dijumpai tetapi juga tinggalan bangunan-bangunan yang hampir musnah seperti rumah, tempat permandian awam, gedung, hotel, jalan dan juga lukisan-lukisan erotik masyarakat Pompeii. Masyarakat Pompeii amat terkenal dengan seni mural mereka dan mengabadikan gaya hidup dan kisah mereka melalui mural yang terdapat di dinding-dinding bangunan yang masih utuh.



Bukti-bukti peninggalan mereka yang amat mengejutkan ini sudah cukup menceritakan kepada kita tentang bagaimanakah moral sebenar masyarakat Pompeii ketika tu. Sesungguhnya nilai moral dan rohani mereka sangatlah rendah jika dibandingkan dengan pencapaian mereka pada zaman itu. Tetapi apa yang dilakukan mereka pada masa lalu seperti berulang kembali pada masa kini. Budaya Hedonisme yang membuang kepercayaan terhadap ketuhanan dan keagamaan dan menunjangi nafsu syahwat semata-mata telah mula mengakar umbi dalam masyarakat muslim kita di Malaysia. Budaya “Free Sex” sudah lama menular di barat dan baru beberapa tahun yang lalu beberapa buah negara di Eropah telah menghalalkan hubungan sejenis dan perkahwinan di antara mereka. Dan budaya Homoseksual ini juga telah mula membarah dalam masyarakat kita. Golongan ini dengan tanpa segan silunya telah mula berani menonjolkan diri mereka di mata umum dan tidak kisah untuk berparti liar sesama mereka tanpa memikirkan akibat balasan dosa yang bakal diterima. Belum lagi menyentuh soal muda-muda masa kini yang sudah berani melakukan zina di usia sangat mentah, malah berani pula melakukannya dengan berbaju sekolah di belakang sekolah pula. Akibatnya mengandung tanpa dirancang dan bayi tiada berbin atau berbinti ditongsampahkan merata-rata. Adakah ini namanya kemajuan ? Bila akidah dan pegangan agama sudah tidak menjadi kepentingan lagi dalam mengejar kemodenan hidup. Sedarlah sebelum terlambat, mungkin malapetaka gempa bumi, letusan gunung berapi dan sebagainya yang Allah datangkan sejak akhir-akhir ini menjadi petanda yang kita sudah mula lupakan-Nya, lupakan sunnatullah, lupakan apa yang disyariatkan nabi besar kita, Muhammad S.A.W. Jangan kita menjadi orang yang menyesal dan terlambat, terlambat seperti kaum Nabi Lut dan masyarakat Pompeii….


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
Surah Al-Israa'17: ayat: 32





Sekian,
Plain Jane
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...