Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Isnin, 29 Ogos 2011

Terima kasih Denaihati

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Raya Adilfitri untuk tahun 2011 ini. Sempena hari yang mulia ini, ingin aku memohon ampun dan juga jutaaan mintak maap jika ada terkasar bahasa sepanjang aku berblog ini.


Tutup dulu kisah hantu, seram or whatever yer.....ini adalah entri khas aku sebagai ucapan jutaan terima kasih jugakla kepada Blog Denaihati kerana memilih blog aku sebagai di antara pemenang Duit raya RM1000 yang diadakan baru-baru ni.

Saingan cukup sengit tapi alhamdulilah, berjaya jugak tersenarai sebagai pemenang. Ini adalah first time aku join contest anjuran blogger dan kali pertama gak menang, hehe.....apa-apa pun Denaihati memang best coz rajin
buat contest yang masyuk-masyuk. Murah rezeki Denaihati.

Kalau korang nak tengok senarai pemenang boleh klik kat sini

Diharapkan nanti ada banyak lagi contest best-best Dari Denaihati Dan pesanan untuk korang, hati-hati lah balik beraya tu. Ingat orang tersayang.











Jumaat, 26 Ogos 2011

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011

Assalamualaikum, kali ni aku bukan nak cerita apa-apa pasal kisah seram, hantu or whatever tapi just nak berkongsi sedikit info dengan korang mengenai contest duit raya yang dianjurkan oleh Blog Denaihati yang feymes tu. Segala info mengenai bagaimana nak join contest duit raya ni boleh pegi kat sini. Haaa..bestkan kalau tetiba jer, aku ke korang ke dapat duit raya dalam masa tinggal 3 hari jer nak raya ni. RM1000 ringgit pulak tu, lebih besar dari bonus raya yang aku dapat. Kat bawah ni adalah link dari Blog Denaihati yang aku telah senaraikan:

1.Gaysec memohon maaf kepada Arlene Tan


2. Penafian Arlene Tan

3. Murtad kerana miskin dan penyelesaiannya

4. Blogger kena saman

5. Makcik Hajjah Sitt AlWuzara terdedah oleh Gaysec # OpsRamadhan

6. Blog Menghina Islam

7. Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi




Mengenai cara-cara nak join boleh lawati blog tu. Mudah-mudahan di hari berkat dan bulan yang mulia ini rezeki kita makin bertambah dan dosa-dosa diampunkan oleh-Nya. Kalau ada tersalah dan terkasar bahasa , maaf ku pinta. Okay! selamat bercuti dan SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI.



Khamis, 25 Ogos 2011

Hospital Lama Changi


Perhatian: Ini adalah perkongsian secara santai sahaja dan tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak atau menjatuhkan imej sesebuah tempat yang dijadikan bahan penceritaan. Read by your own risk.



Tahukah korang kalau aku cakap yang bandaraya di Singapura merupakan kawasan yang paling berhantu di Asia mengalahkan Jepun? Haa...tak sangka woo, Jepun yang selalu buat filem hantu, komik seram, kaya dengan urban legend bagai semua tu pun boleh kalah.

Yang bestnyer, tak jauh jer dari Malaysia, bawah kite je ahaks! Dan salah satu tempat di Singapura yang dikatakan paling keras adalah Changi. Apa yang menyebabkan Changi feymes gile dengan cerita-cerita seram dan menjadi sarang kegiatan supernatural adalah satu ketika dulu di zaman pendudukan Jepun, banyak kawasan di Changi merupakan tempat peyeksaan dan pembunuhan ramai bangsa Tionghua dan tahanan perang oleh tentera Jepun. So kiranya banyak roh tak aman yang bergentayangan di situ lah.

Dan salah satu tempat yang paling ditakuti dan sering kedengaran cerita-cerita seram di situ adalah Hospital lama Changi. Sebut saja nama hospital tu kat orang Singapura especially yang duduk kat Changi memang dah masak sangatlah dengan keseraman hospital tersebut.





Mengikut sejarah hospital tersebut asalnya merupakan markas ketenteraan tentera British yang diambil alih oleh tentera Jepun selepas British kalah perang. Dan disitulah dijadikan tempat penjara, pembantaian dan pembunuhan masyarakat Tionghua dan tawanan perang lainnya.





Jumlah yang mati cukup banyak dan ramai saksi yang menjumpai hantu di situ dalam keadaan tidak berkepala, cedera parah sesuai dengan jenis penyeksaan yang diterima ketika hidup malah cik Pon pun ada.

Selepas Jepun kalah perang, markas tersebut ditukar kepada hospital. Tetapi kemungkinan keadaan hospital yang mempunyai banyak gangguan mistik atau sebab lain maka lokasi ditukarkan ke tempat lain pada tahun 1994. Dan semenjak hari itu, hospital ini terus dibiarkan sepi dan menjadi sarang kehidupan makhluk paranormal.

Ada berbagai cerita yang didengari di kalangan mereka yang gemar meneroka hospital tersebut hanya untuk mencari bukti ataupun sebagai aktiviti santai. Tetapi pernah juga terjadinya kes orang hilang selepas memasuki hospital itu.

Dan disebabkan inilah sebuah filem realiti tentang Hospital lama Changi diterbitkan untuk menunjukkan keadaan sebenar yang terdapat di dalam bangunan hospital. Dan juga menyelitkan beberapa footage sebenar yang berjaya dirakam oleh pembikin filem ini yang terdiri dikalangan beberapa anak muda Singapura yang berminat dengan dunia paranormal.





Okay ! sebelum aku nak mengakhiri entri ni, aku nak selitkan kisah seram mengenai seorang pak guard yang pernah bekerja dekat hospital lama tu. Ceritanye macam ni...

Ada seorang pak guard ni...dia dah lama kerja kat hospital lama Changi. Tapi sekarang tak tahulah...kat mana dia sekarang, hidup lagi ke tak.

Ayah aku pun pernah kerja kat hospital tu...sebelum kena tutup. Aku ingat lagi, ada sorang pak guard tua selalu lepak kat situ. Ayah aku kenal pak guard tu dan dieorang berdua selalu borak-borak kosong.



Satu hari tu, beberapa bulan sebelum hospital kena pindah ...ayah aku dengan dia tengah bercakap-cakap time tu. Aku pun ada sama. Aku ingat lagi apa yang dieorang perbualkan "Sedihlah...hospital ni nak kena tutup...nanti kat mana aku nak carik makan? Lagipun aku dah lama kerja kat sini, aku dah biasa dengan tempat ni." kata pak guard tu dengan nada sedih. Baru-baru ni, aku dengan member 16 orang ada pernah try masuk hospital tu, saje nak rase feel tengok hantu tu macam mana.

Mula-mula masuk kat tingkat satu dengan dua takde papa...Kiteorang 16 orang tapi lampu suluh ada 2 je, parai-parai...tapi bila masuk tingkat 3 jer!

Lampu suluh kiteorang tetiba je buat hal! Yang satu tu padam terus dan yang satu lagi tu bateri jadi weak. Apalagi yang pompuan startlah jadi takut, mula gelisah semacam. Mata meliar pandang kiri, kanan, belakang, depan atas kot-kot ada benda melintas.

Then nak tau apa jadi?

Tetiba je ada pak guard datang dari arah tangga tak jauh dari kiteorang. Dari susuk tubuh die macam kenal tapi muka die tak nampak lah coz gelap sangat.

Pak guard tu langsung tak bawak lampu suluh dan suruh kiteorang turun ikut direction yang die bagi. Baik sungguh pak guard tu...

Bile kiteorang turun, aku dengan member sama lelaki pelik coz yang perempuan terus lari lintang-pukang sambil menjerit. Kite orang apa lagi, lari samalah!

Bila dah selamat keluar dari situ, kiteorang tanyala kat budak perempuan kenape dieorang terus lari pecut seribu.

Dieorang cakap...bila dieorang sampai je kat ground floor, dieorang nampak yang kaki pak guard tu takde tapi hanya seluar die je bersambung dengan kasut. Entah macam mana dieorang tengok pun aku tahu.

Aku dengan curiosity aku yang memuncak-muncak malam tu, balik je terus tanya ayah aku kot-kott dia ingat lagi pak guard tu.

Nak tahu apa ayah aku jawab "Oooo...orang tua tu...dia dah meninggal."

Aku terkejut sangat dan meremang bulu tengkuk sekali. Betul ke ape yang aku tengok tadi?

Aku betul-betul terkejut dan sampai sekarang aku tertanya-tanya, betulkah dia adalah orang yang sama yang menyelamatkan kami dari terus sesat dalam hospital tu.

Tapi ada jugak aku dengar dari orang lain, yang mereka pernah terserempak dengan lembaga seperti seorang lelaki tua berpakaian seragam sekuriti berjalan-jalan dalam bangunan hospital tu..

Jumaat, 19 Ogos 2011

Roommate

Perhatian: Kisah di bawah merupakan sebuah urban legend dari luar negara yang telah dialih bahasakan ke bahasa melayu secara santai dan mudah difahami. Kisah ini hanyalah untuk hiburan sahaja dan jika sama atau hampir sama dengan kisah hidup anda hanyalah kebetulan sahaja. Read by your own risk.





Okay! Dah baca dah peringatan di atas? Bagus!

Kali ni aku nak cerita pulak pasal kisah yang diberi nama "Roommate" atau teman sebilik dalam bahasa Melayu. Sama ada kisah ni kisah benar atau pun tidak aku tak tahu tapi merupakan kisah seram yang diperturunkan dari mulut ke mulut dari barat sana tu.

Sempena musim nak raya ni kan, aku rasa agak bertepatanlah kalau aku letak kisah ni dalam entri blog aku, sebab ada kaitan jugaklah kerana time nak raya nilah ramai bebudak universiti
balik kampung dan hanya beberapa kerat sahaja duduk kat asrama especially bebudak east Malaysia. Aku pernah melaui keadaan sorang-sorang time raya kat asrama dan aku faham sangat -sangat bagaimana feeling orang tak balik raya ni. Sunyi, sepi dan sendiri...betulkah bersendiri hehe...

Kay! Tanpa membuang masa lagi meh aku cerita. Ceritanya bermula begini...

Ada dua sahabat karib ni yang sama-sama duduk sebilik kat sebuah U ni. U mana takde pulak dia cakap. Waktu tu tengah cuti raya Krismas dan dua orang gadis ni tak balik cuti maybe dieorang ni duduk jauh or budak oversea mungkin.

Dekat bangunan asrama yang dieorang duduk tu takde sorangpun yang tinggal kecuali dieorang berdua je. Tambah-tambah lagi lepas cuti pulak nak final exam so dari membuang duit beli tiket kapal terbang lagi bagus dieorang stay je kat situ supaya fokus kepada pembelajaran tak terganggu. Okay! nak lagi mudah aku namakan dieorang berdua tu si A dan si B.




Suatu hari itu, waktu orang putih tengah dok sakan raya krismas, dieorang tengah study dalam bilik macam biasa sehinggalah tibanya malam. Malam pulak boring-boring bukaklah internet.

"Eh! Ngko tak lapar ke?" si A bersuara. "Taklah, naper kau lapar ke?" si B tanya balik.

"Laparlah...aku rasa nak turun bawah...nak masak ape -ape je kalau ade. Kau nak ikut tak?" si A mempelawa.

"Taknaklah...aku takde rasa lapar pun, takpe ngko turun je lah sorang nanti aku jaga bilik," jawab si B.

"Okay, aku keluarlah dulu tapi jangan lupa plak kunci bilik ni lepas aku keluar," pesan si A sambil berjalan menuju ke pintu.

Si B pun mengikuti apa yang disuruh oleh si A dan mengunci pintu bilik mereka. Dia kemudian menyambung kembali melayari internet.

Si B terlalu asyik bermain dengan laptop dia sampai tak perasan pun yang si A dah terlalu lama berada di bawah sehingga kan si B tersengguk-sengguk menahan ngantuknya tetapi roommatenya masih lagi tak muncul-muncul.

Tiba-tiba...

"Ssssst.....ssssst...."

Si B terkejut dari ngantuknya, telinganya mendengar sesuatu yang agak pelik di luar. Dia cuba mengamati bunyi yang agak sayup-sayup itu dan hatinya mula berdebar-debar kerana bunyi itu semakin dekat ke arah bilik mereka.

"Bunyi apa lak tu? Siapa pulak heret guni tengah-tengah malam macam ni?" si B gelisah dan melihat jam di dinding. "Mana pulak dia ni, kenapa tak datang-datang lagi ni?" dia mula perasan yang roommatenya sudah terlalu lama berada di luar dan sekarang ni dia mula bingung dengan bunyi misteri yang semakin menghantui dia. Bunyi yang seakan-akan benda berat diseret di atas lantai.

"Ssst...ssst..." bunyi itu semakin lama semakin dekat dan akhirnya betul-betul berada di sebalik pintu. Telinga si B dengan jelas dapat menangkap bunyi aneh itu.

Bunyi seretan itu bertukar pulak dengan bunyi cakaran di pintu...Si B mula berada dalam ketakutan yang amat sangat. Dia menggeletar seluruh badan, panik, tidak tahu apa yang harus dilakukan melainkan cuba menyembunyikan diri di dalam almari. Berharap makhluk ganjil yang cuba untuk memasuki bilik mereka lari pergi meninggalkan bilik itu.

Cakaran di pintu menjadi semakin kuat dan si B berdoa sebanyak mungkin supaya dilindungi daripada mara bahaya sehinggalah dia tertidur dalam almari itu.

Esok paginya pulak, si B terbangun dari tidur. Anehnya bunyi cakaran dah hilang dan dia pun keluar dari almari itu dan menuju ke pintu perlahan-lahan.

Perasaan gementar masih belum hilang dan dari luar tingkap, dia terlihat pakcik posmen sedang melangkah masuk ke dalam bangunan asrama. Si B jeri sekuat hati kat pakcik tu, cuba mintak tolong dan pakcik tu dengar panggilan dia dan terus melihat kat tingkap.

Si B pun bagilah signal kat dia supaya lekas datang ke bilik untuk selamatkan dia. Si B dapat dengar dengan jelas langkah kaki posmen tu dari bawah menuju ke bilik dia tapi tiba-tiba bunyi langkan si posmen tu berhenti.

"Pakcik ada kat luar ke?" si B jerit, dekat luar masih lagi diam...

Akhirnya si posmen pun jawab "Ada dekat luar ni...", jawab dia balik. "Duduk je dalam bilik nanti saya panggilkan polis," pakcik tu jawab lagi.


"Kenapa?" si B tanya, perasaan dia semakin diburu resah. "Takde pape...Duduk je dalam, jangan keluar!"

Si B mula rasa tidak sabar, dia rasa ada yang tidak kena melalui nada suara si posmen tu. Belum sempat si posmen tu halang dia dari bukak pintu, si B pun pulas tombol pintu dan di hadapannya... wajah pakcik posmen pucat lesi sambil berdiri di tepi mayat si A yang berlumuran darah. Darahnya mengotori di segenap lantai tingkat asrama itu.

Terdapat kapak yang melekat di tengkuknya dan kuku-kukunya ada yang tertanggal kerana mencakar sepanjang malam, mintak dibukakan pintu.

Si B menjerit dalam keadaan histeria melihat mayat si A, tidak disangka roommatenya menjadi korban penbunuhan misteri pada malam itu.....





Isnin, 15 Ogos 2011

Air Mandi Mayat


Amaran: Kisah dibawah merupakan kisah benar dimana nama sebenar watak di dalam cerita ini telah ditukar. Tujuan cerita ini diceritakan semula bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi hanyalah sebagai iktibar dan hiburan santai sahaja. Sesungguhnya perbuatan khurafat itu adalah salah di sisi Allah SWT dan kita sebagai hamba-Nya haruslah segera bertaubat memohon keampunan.Nya. Read by your own risk.





Baru-baru ni aku ada terbaca mengenai kisah orang minum air mayat dalam Harian Metro.

Minum air mayat? Ade ke patut? Ish...nak muntah pulak aku dengar. Rase nak terkeluar isi perut. Kalau ada orang nak suruh aku minum air mandian orang lain ke aku sendiri ke dah tak sanggup. Inikan pulak nak disuruh minum air mandi mayat.

Menurut akhbar terbabit, mereka-mereka yang melakukan perbuatan khurafat itu sanggup menadah air mandian mayat di bawah rumah ketika kerja memandikan mayat sedang dijalankan.

Dikhabarkan pulak air mandian mayat itu sangat mujarab untuk mengubati penyakit HIV dan ketagihan dadah. Dekat mana dieorang tahu atau siapa bomoh yang ajar dieorang suruh tadah air mandian orang dah mati ni tiada pulak dinyatakan. Ada pulak yang cakap kalau nak tengok hantu, gunakana air mandi mayat sebagai air mandian. Macam-macam hal. Sesungguhnya perbuatan sebegini boleh mencetuskan imej yang kurang baik di kalangan kita umat Islam dan boleh membiarkan gejala khurafat dan bidaah berleluasa dalam masyarakat Islam kita.

Dekat sini, aku bukanlah nak membebel pulak pasal agama. Jujur-sejujurnya tahap pengetahuan aku dalam soal agama masih rendah tapi itu adalah tanggungjawab aku dan kita semua saling pesan-memesan betul tak?

Dah! dah! sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. Itu mukadimah aje untuk cerita aku kali ni.

Kisah ni sebenarnya ada kaitan dengan tajuk entri aku kali ni iaitu Air Mandi Mayat. Tetiba je aku teringat kisah ni bila baca berita tu so aku buatlah untuk tatapan korang semua.

Kisah ni sebenarnya dah lama dah berlaku, kat mana tak pulak aku dapat pastikan tapi diceritakan dari mulut ke mulut.

Watak utama cerita ni adalah seorang wanita yang aku namakan sebagai Ros.

Pada suatu hari, Ros mendapat khabar berita bahawa ibu saudarnya telah meninggal dunia akibat penyakit yang sudah lama ditanggung. Ibu saudarnya tu taklah tua sangat, kira masih dalam lingkungan 40-an gitu.

So, dia pun baliklah kampung dengan keluarga dia dalam keadaan tergesa-gesa, almaklumlah dapat berita mengejut ada sanak-saudara meninggal.

Sampai-sampai je dekat kampung tu, nasib baiklah dia sempat lagi tengok, sedekahkan yasin dan tolong bantu jugak menyediakan serba sedikit kelengkapan untuk kerja pengkafanan jenazah ibu saudaranya.

Suasana masa tu memang pilu sangatlah, biasalah ada orang meninggal.

Rumah kampung tempat dieorang buat kerja ni adalah kepunyaan datuk dia yang masih hidup. Biasalah rumah kampung, tiang seri tinggi dan luas di bawah rumah. Tempat untuk memandikan mayat ibu suadaranya adalah di bahagian dapur yang memiliki lantai yang agak jarang-jarang sehingga boleh nampak orang berjalan di bawah rumah. Air mandian mayat semuanya tumpah jatuh ke bawah rumah.

Alhamdulillah, semua kerja menguruskan jenazah selamat dilaksanakan dari kerja memandikan sehinggalah pengkebumian ibu saudaranya.

Pada malam pulak, mereka buat sedikit kenduri tahlil untuk arwah sehinggalah semuanya selesai pada tengah malam.

Ketika semua orang sedang nyenyak tidur, si Ros ni terbangun sebab dia terasa nak buang air kecil. Dia tengok jam dekat dinding, dah pukul 2 pagi. Dia terus bangkit menuju ke dapur sebab tandas terletak di bawah rumah dan dia mesti buka pintu belakang rumah untuk pergi ke sana tapi tiba-tiba...

"Slurrrp...sluurrp..sluurrp"

"Eh! bunyi ape tu?" Ros garu kepala. Dia hairan, mana datangnya bunyi orang minum air haus gila macam tu.

Dalam hati, mungkin ada saudara-maranya yang sedang bangun pada ketika itu tengah berada di dapur minum air tapi hatinya berdebar-debar, tak mungkin orang minum air bunyi macam tu.

Dia pun menuju ke dapur perlahan-lahan. Bunyi sirupan air tadi menjadi semakin kuat.
"Sluurrp...sluurrp"

Di sebalik lantai dapur yang jarang itu, Ros dapat lihat sesuatu yang agak panjang sedang memukul air yang bergenang di dalam lopak bawah rumah.

Dia tenyeh mata dia banyak kali kot-kot dia bermimpi tapi betul ada benda panjang, tapi apa?

"Siapa main air bawah rumah malam-malam buta ni?" Ros bertanya kepada diri sendiri dan cuba menyedapkan hati, mungkin ada sepupunya yang masih berjaga ketika itu.

Hati Ros semakin diburu rasa ingin tahu dan dia pun membuka pintu belakang perlahan-lahan, sekadar cukup untuk melihat siapakah gerangannya itu.

Belum sempat dia buka habis, matanya terpandang lidah yang amat panjang sedang menghirup air mandian mayat di dalam lopak itu dengan lahapnya tetapi pemilik si lidah panjang tidak menampakkan dirinya kerana dihadang oleh lantai.

Muka Ros serta-merta pucat, tidak terkata apa-apa. Seperti tahu dirinya diintai, si lidah panjang menjulurkan lidahnya pulak ke arah pintu iaitu ke arah Ros. Apalagi Ros menjerit seperti orang terkena histeria.

Semua ahli keluarganya terbangun dan abangnya segera mendapatkan Ros yang sudah terduduk di atas lantai, menjerit ketakutan sambil jarinya menunding ke luar rumah.

"Ros, kenapa ni?"

"Ada lidah! Ada lidah panjang kat luar tu, lidah tu nak terkam Ros."
Abangnya melihat ke luar rumah tetapi tidak ada apa-apa di situ kecuali tanah di sekeliling lopak air yang agak becah seperti dikacau oleh sesuatu.

Datuknya segera faham apa yang dimaksudkan oleh Ros dan memerintahkan abang ipar dan abangnya segera turun ke bawah untuk menimbus air di dalam lopak itu.

Mereka pun segera turun ke bawah seperti yang diarahkan dan melakukan kerja menimbuis lopak air sehingga tiada lagi air yang bersisa.

"Sepatutnya lepas kita mandikan arwah tadi, terus timbus lopak bawah rumah tu taklah benda tu datang kacau," ujar datuknya lagi.



Ahad, 14 Ogos 2011

Nombor Telefon Hantu The Ring



Amaran: Ini merupkan sebuah urban legend Jepun yang tidak dikenal pasti kesahihannya. Anda dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan cerita ini. Anggap ini hanyalah hiburan sahaja.




090-4444-4444

Anda kenal Sadako?

Tak kenal? Tapi anda pernah tengok cerita hantu The Ring yang feymes tu? Cerita hantu jepun yang menjadi ikon popular hantu berambut panjang dimana fesyen rambutnya yang panjang serabai sering dijadikan ikutan oleh mana-mana filem hantu luar dan dalam negara sejak kebelakangan ini.

Cubalah anda tengok mana-mana filem hantu moden keluaran mana-mana negara sekalipun termasuk Malaysia, mesti anda perasan yang dieorang suke suruh aktres yang melakonkan watak hantu tu berambut panjang menutup muka , tak pun tutup sedikit jer. Sememangnya, Sadako telah mencetuskan mania di kalangan peminat filem seram dari segi gaya dan jalan penceritaan filem terbabit.

Tapi sekarang aku tak nak sebut pasal gaya die ke hapa...tapi pasal no telefon berhantu yang dikaitkan dengan Sadako.

Nombor telefon dibawah gambar Sadako diatas, kononnya dikatakan milik Sadako. Siapa yang reka cerita ni ataupun nombor tu tak pulak aku tahu sebab yang ni aku dapat info dari blog seram Jepun.

Tapi dikatakan sesiapa yang dail nombor tu...anda akan mendengar bunyi yang pelik dihujung talian, bunyi yang agak bising seperti bunyi "bwoooo". Sesiapa yang dail nombor itu kononnya dikatakan akan ditimpa musibah dalam masa seminggu, errmm..entah betul entah tidak, anda boleh cuba tapi nombor ni line Jepun jer...tapi kalau anda degil, rase berani nak cuba jugak sambungkan ia dengan +81, line antarabangsa Jepun. Tapi kalau jadik ape-ape jangan salahkan aku pulak yer, kalau TV anda tetiba jer tak boleh tutup bila cukup seminggu, hehe.

Aku dah pernah dail nombor tu ke? Hissh!! buang masa aku je la, tak kuasa aku nak buat, banyak lagi benda pelik yang lebih elok aku boleh buat (takut sebenarnyer).

Walau apapun do by your own risk dan selamat berhibur. Semoga sihat, selamat dan ceria selalu. Jumpa kembali di entri akan datang.




Sabtu, 13 Ogos 2011

Suara Aneh Di Atas Tangga


Perhatian: Kisah ini merupakan kisah benar yang diceritakan semula secara naratif dan bukan dialami sendiri oleh penulis. Tujuan kisah ini dipaparkan hanyalah untuk hiburan sahaja dan bukannya untuk mengaibkan sesiapa pun so read by your own risk. Selamat membaca dan berhibur.




Kisah ini dialami oleh saya sendiri ketika zaman budak-budak...
Waktu tu saya tinggal menyewa bersama ibu bapa saya di sebuah rumah dua tingkat. Kedua-dua mereka bekerja jadi saya selalu ditinggalkan berseorangan di rumah tu selepas balik dari sekolah.

Pada suatu petang...ketika saya baru balik dari sekolah...keadaan di dalam rumah itu sudahpun gelap. Memang keadaan dalam tu cepat berubah menjadi gelap kerana bentuk rekaan dalaman rumah tu.

Saya pun terus pergi mencari ibu saya seperti biasa kalau-kalau dia sudah balik dari kerja.
Waktu tu, saya tak fikir apa pun kalau dia dah ada dalam rumah tu jadi saya pun panggil dia " Mak?"

"Yeaaaa...."
Tetiba je suara ibu saya menyahut dari tingkat atas. Saya panggil dia balik tapi dia cuma menyahut dengan jawapan "Ya."

Saya merasa pelik. Kenapa suara dia lain? Suaranya berbunyi sayup-sayup, bergema lemah di sebalik dinding tingkat atas.

Saya panggil dia lagi dan dia cuma menyahut dengan jawapan yang sama iaitu ya.

Saya pun menaiki tangga perlahan-lahan menuju ke tingkat atas. Sebaik berada di atas, saya panggil dia lagi. "Yeaaaa..." nampak gayanya dia berada di bilik paling hujung berdasarkan
bunyi suaranya yang lemah.


Peliknya, perasaan kurang tenteram mula menerjah ke dalam lubuk hati saya. Tidak semena-mena jantung saya berdegup kencang tanpa sebab dan keinginan untuk pergi mendapatkan ibu saya ketika itu semakin kuat.

Tiba-tiba , saya tedengar bunyi seseorang membuka pintu rumah dan saya tidak jadi untuk pergi ke bilik paling hujung itu. Saya terus turun berlari ke bawah dan mendapati ibu saya sedang masuk ke dalam rumah sambil tangannya menjinjit beberapa buah beg plastik yang berisi barang-barang dapur.

"Ah, dah balik pun engkau. Tolong mak bawak beg-beg ni ke dapur."

"Eh, mak tadi tu si-" saya tidak jadi untuk meneruskan soalan saya dan ibu saya memandang saya dalam kehairanan. "Siapa?"

"Errm...ah! Takde pape lah!" dengan wajah yang sedikit berkerut, saya terus menyambar beg-beg plastik yang berada di tangan ibu saya tanpa memandang wajahnya sedikitpun dan berjalan menuju ke dapur.

Apabila melewati tangga yang berada di tengah-tengah rumah, saya menjeling perlahan-lahan ke atas. Hati saya berdebar pabila kaki saya tanpa disuruh-suruh menginjak ke atas anak tanga satu persatu.

Sebaik tiba di tingkat atas, mata saya terus melilau ke bilik yang paling hujung. Pintu bilik itu menguak sedikit. Tiba-tiba pandangan mata saya tertangkap sesuatu yang mendebarkan hati sesiapa sahaja ketika itu. Wajah pucat lesi milik seseorang yang saya tidak kenal sedang memerhatikan saya di sebalik pintu itu..








Rabu, 10 Ogos 2011

Kisah Perigi Buta



Perhatian: Kisah ini merupakan urban legend dari Jepun dan diceritakan semula secara naratif dan mengikut lenggok bahasa melayu. Tujuan kisah ini dipaparkan adalah untuk hiburan sahaja dan tidak bermaksud menyinggung sesiapa pun. Jadi kalau ada terkasar bahasa, ampun maaf sebab saya cuma berblogging sahaja, bukan untuk menakutkan dan menyakitkan hati sesiapa pun. Read by your own risk.







Pada suatu hari...aku telah membunuh adik perempuan aku dengan sengaja. Aku membunuhnya kerana dia sangat menyakitkan hati. Aku telah buang mayatnya ke dalam sebuah perigi buta. Keesokan hari aku cek balik keadaan mayatnya dalam perigi tu, tapi peliknya, mayatnya dah hilang..

5 tahun lepas tu, kawan aku pulak yang aku bunuh . Aku bunuh dia sebab aku jealous dekat dia. Aku buang mayatnya jugak dalam perigi yang sama macam aku buat dekat adik aku. Keesokkan hari aku pergi cek balik mayat dia dalam tu, eh! hilang jugak?

10 tahun lepas tu, aku bunuh pulak girlfriend aku yang aku buntingkan ketika aku mabuk. Aku buang jugak mayatnya dalam perigi. Tapi, mayatnya hilang jugak keesokkan hari bila aku pergi cek dalam perigi tu.

15 tahun lepas tu aku bunuh pulak boss aku yang aku benci sesangat. Aku buang mayatnya dalam perigi yang sama. Confirm hilang esok hari. Hah! kan aku dah kata dah.

20 tahun lepas tu pulak, aku bunuh mak aku yang dah tua nyanyuk sebab aku tak larat nak jaga dia lagi. Aku buang jugak mayatnya ke dalam perigi. Tapi yang ni lagi pelik, sebab aku cek balek dekat perigi tu, mayatnya masih ada dekat dalam tu. Eh! apa dah jadi? Kenapa tak ilang-ilang macam yang lelain hah? Dah berhari-hari aku tunggu tapi tak jugak ilang-ilang...




P.S: So, cuba korang fikir dan bagi jawapan, naper mayat mak dia tak ilang-ilang? Tolong jawab dekat komen di bawah tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...