Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Ahad, 14 Ogos 2011

Nombor Telefon Hantu The Ring



Amaran: Ini merupkan sebuah urban legend Jepun yang tidak dikenal pasti kesahihannya. Anda dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan cerita ini. Anggap ini hanyalah hiburan sahaja.




090-4444-4444

Anda kenal Sadako?

Tak kenal? Tapi anda pernah tengok cerita hantu The Ring yang feymes tu? Cerita hantu jepun yang menjadi ikon popular hantu berambut panjang dimana fesyen rambutnya yang panjang serabai sering dijadikan ikutan oleh mana-mana filem hantu luar dan dalam negara sejak kebelakangan ini.

Cubalah anda tengok mana-mana filem hantu moden keluaran mana-mana negara sekalipun termasuk Malaysia, mesti anda perasan yang dieorang suke suruh aktres yang melakonkan watak hantu tu berambut panjang menutup muka , tak pun tutup sedikit jer. Sememangnya, Sadako telah mencetuskan mania di kalangan peminat filem seram dari segi gaya dan jalan penceritaan filem terbabit.

Tapi sekarang aku tak nak sebut pasal gaya die ke hapa...tapi pasal no telefon berhantu yang dikaitkan dengan Sadako.

Nombor telefon dibawah gambar Sadako diatas, kononnya dikatakan milik Sadako. Siapa yang reka cerita ni ataupun nombor tu tak pulak aku tahu sebab yang ni aku dapat info dari blog seram Jepun.

Tapi dikatakan sesiapa yang dail nombor tu...anda akan mendengar bunyi yang pelik dihujung talian, bunyi yang agak bising seperti bunyi "bwoooo". Sesiapa yang dail nombor itu kononnya dikatakan akan ditimpa musibah dalam masa seminggu, errmm..entah betul entah tidak, anda boleh cuba tapi nombor ni line Jepun jer...tapi kalau anda degil, rase berani nak cuba jugak sambungkan ia dengan +81, line antarabangsa Jepun. Tapi kalau jadik ape-ape jangan salahkan aku pulak yer, kalau TV anda tetiba jer tak boleh tutup bila cukup seminggu, hehe.

Aku dah pernah dail nombor tu ke? Hissh!! buang masa aku je la, tak kuasa aku nak buat, banyak lagi benda pelik yang lebih elok aku boleh buat (takut sebenarnyer).

Walau apapun do by your own risk dan selamat berhibur. Semoga sihat, selamat dan ceria selalu. Jumpa kembali di entri akan datang.




7 ulasan:

Nurul Mazni berkata...

blog seram ker??? tak pernah ag jumpeeee.. ni yang ketar kaki nk baca blog awak hari2 ni... huhuhu

nourkusmadewi berkata...

ketar kaki takper jgn semua badan berketar nanti nak makeup pun susah :) jgn marah yer gurau jer

mahfudzah berkata...

mak aiii.cntik nombor! haha..agak2 g kedai ekor mng x..? haha

nourkusmadewi berkata...

mahfudzah , cuba lah try beli kot2 menang, haha

Amer Strive berkata...

cool!!

plain jane berkata...

Amer Strive : hehe, jg cuba2 nak call no tu tau

syrupmasin berkata...

errrr..adoiyai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...