Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Isnin, 15 Ogos 2011

Air Mandi Mayat


Amaran: Kisah dibawah merupakan kisah benar dimana nama sebenar watak di dalam cerita ini telah ditukar. Tujuan cerita ini diceritakan semula bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi hanyalah sebagai iktibar dan hiburan santai sahaja. Sesungguhnya perbuatan khurafat itu adalah salah di sisi Allah SWT dan kita sebagai hamba-Nya haruslah segera bertaubat memohon keampunan.Nya. Read by your own risk.





Baru-baru ni aku ada terbaca mengenai kisah orang minum air mayat dalam Harian Metro.

Minum air mayat? Ade ke patut? Ish...nak muntah pulak aku dengar. Rase nak terkeluar isi perut. Kalau ada orang nak suruh aku minum air mandian orang lain ke aku sendiri ke dah tak sanggup. Inikan pulak nak disuruh minum air mandi mayat.

Menurut akhbar terbabit, mereka-mereka yang melakukan perbuatan khurafat itu sanggup menadah air mandian mayat di bawah rumah ketika kerja memandikan mayat sedang dijalankan.

Dikhabarkan pulak air mandian mayat itu sangat mujarab untuk mengubati penyakit HIV dan ketagihan dadah. Dekat mana dieorang tahu atau siapa bomoh yang ajar dieorang suruh tadah air mandian orang dah mati ni tiada pulak dinyatakan. Ada pulak yang cakap kalau nak tengok hantu, gunakana air mandi mayat sebagai air mandian. Macam-macam hal. Sesungguhnya perbuatan sebegini boleh mencetuskan imej yang kurang baik di kalangan kita umat Islam dan boleh membiarkan gejala khurafat dan bidaah berleluasa dalam masyarakat Islam kita.

Dekat sini, aku bukanlah nak membebel pulak pasal agama. Jujur-sejujurnya tahap pengetahuan aku dalam soal agama masih rendah tapi itu adalah tanggungjawab aku dan kita semua saling pesan-memesan betul tak?

Dah! dah! sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. Itu mukadimah aje untuk cerita aku kali ni.

Kisah ni sebenarnya ada kaitan dengan tajuk entri aku kali ni iaitu Air Mandi Mayat. Tetiba je aku teringat kisah ni bila baca berita tu so aku buatlah untuk tatapan korang semua.

Kisah ni sebenarnya dah lama dah berlaku, kat mana tak pulak aku dapat pastikan tapi diceritakan dari mulut ke mulut.

Watak utama cerita ni adalah seorang wanita yang aku namakan sebagai Ros.

Pada suatu hari, Ros mendapat khabar berita bahawa ibu saudarnya telah meninggal dunia akibat penyakit yang sudah lama ditanggung. Ibu saudarnya tu taklah tua sangat, kira masih dalam lingkungan 40-an gitu.

So, dia pun baliklah kampung dengan keluarga dia dalam keadaan tergesa-gesa, almaklumlah dapat berita mengejut ada sanak-saudara meninggal.

Sampai-sampai je dekat kampung tu, nasib baiklah dia sempat lagi tengok, sedekahkan yasin dan tolong bantu jugak menyediakan serba sedikit kelengkapan untuk kerja pengkafanan jenazah ibu saudaranya.

Suasana masa tu memang pilu sangatlah, biasalah ada orang meninggal.

Rumah kampung tempat dieorang buat kerja ni adalah kepunyaan datuk dia yang masih hidup. Biasalah rumah kampung, tiang seri tinggi dan luas di bawah rumah. Tempat untuk memandikan mayat ibu suadaranya adalah di bahagian dapur yang memiliki lantai yang agak jarang-jarang sehingga boleh nampak orang berjalan di bawah rumah. Air mandian mayat semuanya tumpah jatuh ke bawah rumah.

Alhamdulillah, semua kerja menguruskan jenazah selamat dilaksanakan dari kerja memandikan sehinggalah pengkebumian ibu saudaranya.

Pada malam pulak, mereka buat sedikit kenduri tahlil untuk arwah sehinggalah semuanya selesai pada tengah malam.

Ketika semua orang sedang nyenyak tidur, si Ros ni terbangun sebab dia terasa nak buang air kecil. Dia tengok jam dekat dinding, dah pukul 2 pagi. Dia terus bangkit menuju ke dapur sebab tandas terletak di bawah rumah dan dia mesti buka pintu belakang rumah untuk pergi ke sana tapi tiba-tiba...

"Slurrrp...sluurrp..sluurrp"

"Eh! bunyi ape tu?" Ros garu kepala. Dia hairan, mana datangnya bunyi orang minum air haus gila macam tu.

Dalam hati, mungkin ada saudara-maranya yang sedang bangun pada ketika itu tengah berada di dapur minum air tapi hatinya berdebar-debar, tak mungkin orang minum air bunyi macam tu.

Dia pun menuju ke dapur perlahan-lahan. Bunyi sirupan air tadi menjadi semakin kuat.
"Sluurrp...sluurrp"

Di sebalik lantai dapur yang jarang itu, Ros dapat lihat sesuatu yang agak panjang sedang memukul air yang bergenang di dalam lopak bawah rumah.

Dia tenyeh mata dia banyak kali kot-kot dia bermimpi tapi betul ada benda panjang, tapi apa?

"Siapa main air bawah rumah malam-malam buta ni?" Ros bertanya kepada diri sendiri dan cuba menyedapkan hati, mungkin ada sepupunya yang masih berjaga ketika itu.

Hati Ros semakin diburu rasa ingin tahu dan dia pun membuka pintu belakang perlahan-lahan, sekadar cukup untuk melihat siapakah gerangannya itu.

Belum sempat dia buka habis, matanya terpandang lidah yang amat panjang sedang menghirup air mandian mayat di dalam lopak itu dengan lahapnya tetapi pemilik si lidah panjang tidak menampakkan dirinya kerana dihadang oleh lantai.

Muka Ros serta-merta pucat, tidak terkata apa-apa. Seperti tahu dirinya diintai, si lidah panjang menjulurkan lidahnya pulak ke arah pintu iaitu ke arah Ros. Apalagi Ros menjerit seperti orang terkena histeria.

Semua ahli keluarganya terbangun dan abangnya segera mendapatkan Ros yang sudah terduduk di atas lantai, menjerit ketakutan sambil jarinya menunding ke luar rumah.

"Ros, kenapa ni?"

"Ada lidah! Ada lidah panjang kat luar tu, lidah tu nak terkam Ros."
Abangnya melihat ke luar rumah tetapi tidak ada apa-apa di situ kecuali tanah di sekeliling lopak air yang agak becah seperti dikacau oleh sesuatu.

Datuknya segera faham apa yang dimaksudkan oleh Ros dan memerintahkan abang ipar dan abangnya segera turun ke bawah untuk menimbus air di dalam lopak itu.

Mereka pun segera turun ke bawah seperti yang diarahkan dan melakukan kerja menimbuis lopak air sehingga tiada lagi air yang bersisa.

"Sepatutnya lepas kita mandikan arwah tadi, terus timbus lopak bawah rumah tu taklah benda tu datang kacau," ujar datuknya lagi.



9 ulasan:

hzyr; berkata...

ish,gila la these people.
To believe such thing as drinking AIR MAYAT which can cure HIV.
wht is wrong with people?!?
haish

plain jane berkata...

they're become like these because of lack of guidance, so sad to think about this always happening nowadays.

ifwat berkata...

gila betul la.. ada kena mengena ke air mayat dengan HIV? untuk setan ada la.

plain jane berkata...

itulah namanyer hati yang sudah diresapi kurafat. mintak jauhlah, klu minum air mayat lagilah teruk sakit HIV rasenyer

mahfudzah berkata...

ya Allahh..dasyattnyee!

Eryati berkata...

ngeri la cerita ni...memacam aje..

plain jane berkata...

benda name setan ni selalu ade kat mane2. benda kotor mcmtu la dia makan

feza berkata...

baru tahu ni pasal minum air mayat. gila la kalau fikir boleh sembuhkan HIV. Tapi pasal lidah..seram la. Pasal lidah ni kan, Pernah dengar juga pasal lidah jilat darah haid wanita dekat pek yang tak basuh.
benda2 kotor, setan suka.

plain jane berkata...

REPLY TO FIZA,

pasal menda tu suka jilat darah kat pad pompuan itu mmg tak dinafikan dah selalu sgt cerita mcm tu kite dengar. kat mane2 sekolah/asrama pompuan selalu kuar cerita menda ni. klu kite jenis yg tak pandai nak cuci yg kite punyer, mmg menda tu nak cari yg kite punyer tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...