Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Jumaat, 11 Februari 2011

Mothman: Sumpahan Point Pleasant




“Mothman, begitulah panggilan yang diberikan oleh penduduk pekan Point Pleasant kepada makhluk aneh bersayap dan bermata merah menyala yang sudah lama menghantui mereka. Kemungkinan Mothman merupakan salah seekor makhluk cryptid yang sering dipersoalkan kewujudan mereka. Tapi adakah ia binatang atau sememangnya entiti dari dimensi lain di mana kes kewujudan mereka masih kekal tidak terjawab sehingga ke hari ini?….”


Monumen Mothman di Pekan Point Pleasant



Bukti Penampakan

Mothman diperkatakan telah muncul pada kali pertama pada 12hb November 1966 di Chendenin, Virginia Barat ketika 5 orang lelaki sedang meyediakan pengebumian mayat rakan mereka. Seorang daripada mereka telah melihat makhluk aneh bersayap seakan-akan manusia terbang dari hutan berdekatan mereka. Selepas itu pada 15hb November 1966, sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah terlihat makhluk yang sama dekat dengan sebuah bangunan di pekan Point Pleasant telah terbang kearah mereka dan mengiringi kereta mereka dari arah belakang. Dan ini kisah yang paling menyeramkan, di mana seorang lelaki telah dikejutkan oleh salakan anjingnya di luar rumah ketika sedang menonton televisyen. Beliau pergi kearah tingkap untuk melihat apa yang sedang berlaku dan alangkah terkejutnya beliau apabila terpandang sepasang mata merah menyala milik seekor lembaga hitam besar dekat dengan anjing beliau. Kerana terlalu takut beliau terus mengunci pintu dan tingkap dan berjaga sepanjang malam sambil memegang pistol, khuatir jika diapa-apakan makhluk misteri itu. Beliau juga memberitahu resepsi televisyen beliau menjadi tergendala ketika mendengar salakan anjingnya. Dan pada keesokan pagi, anjingnya sudah tiada dan beberapa hari selepas itu beliau telah menemui bangkai anjing yang sudah tidak sempurna sifatnya berdekatan rumah nya. Disebabkan beberapa kejadian penampakan oleh beberapa penduduk pekan Point Pleasant, mereka telah menamakan makhluk itu sebagai “Mothman” kerana rupa bentuknya seakan-akan makhluk manusia separa kupu-kupu dengan mata merah menyala.


Lukisan imaginasi artis mengenai rupa Mothman


Lakaran artis mengenai tabiat Mothman yang suka mengekori mangsanya...


Rupa Bentuk

Rekod-rekod tentang rupa bentuk fizikal mothman telah diambil daripada 100 orang saksi yang berpeluang melihat makhluk aneh itu dan berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat pada Mothman.

· Tinggi lebih kurang 7 kaki.

· Keluasan sayap lebih kurang 10 kaki.

· Bermata merah menyala.

· Tidak berkepala atau kepala bersambung dengan badan.

· Berwarna kelabu kecoklatan.

· Berkulit kasar.

· Terbang dengan kelajuan yang tinggi iaitu 100km/jam.

· Suka membunuh/memakan binatang ternakan dan peliharaan.

· Berbunyi nyaring.

· Kehadirannya membolehkan siaran radio dan televisyen terganggu.

· Tidak mengapa-apakan kanak-kanak.

· Berkebolehan mengawal minda manusia.

· Akan berlaku musibah jika terserempak dengannya.

Kejadian penampakan Mothman juga dipercayai akan membawa malang kepada si pelihat atau kawasan tempat Mothman menunjukkan dirinya. Mereka dikatakan akan menemui maut, bercerai dengan pasangan masing-masing atau menjadi gila. Pada 15hb Disember 1967, telah berlaku kemalangan ngeri di pekan Point Pleasant di mana jambatan Silver Bridge yang menghubungkan di antara pekan Point Pleasant dan Ohio telah runtuh secara tiba-tiba dan menyebabkan berpuluh-puluh kereta jatuh ke dalam sungai. Ramai yang telah maut dalam kejadian itu dan ada saksi yang menyatakan yang beliau ternampak ada lampu berkelipan 12 kali di udara sebelum lenyap kedalam hutan ketika kemalangan berlaku.

Laporan akhbar mengenai tragedi Silver Bridge

Keruntuhan Silver Bridge

Jambatan Silver Bridge hari ini...


Asal – Usul

Dari mana asal Mothman juga tidak diketahui dan ini sering membingungkan para pengkaji paranormal tentang bagaimanakah Mothman boleh wujud di pekan Point Pleasant sahaja tapi tidak di tempat lain. Ada yang membuat hipotesis bahawa Mothman merupakan makhluk mutan yg terjadi akibat pembuangan sisa toksik berbahaya dan ada juga yang mendakwa bahawa pekan Pleasant mempunyai sebuah pintu ke alam ghaib yang membolehkan makhluk pelik boleh pergi ke alam manusia namun belum ada teori yang betul-betul disahkan benar tentang asal-usul kewujudan Mothman. Tetapi ada juga yang mengaitkan kewujudan Mothman dengan sumpahan ke atas pekan Point Pleasant oleh Chief Cornstalk yang telah mati terbunuh dalam peperangan menentang tentera Virginia pada 10hb Oktober 1774. Puak orang asli Red Indian yang diketuai oleh beliau telah ditipu oleh Gabenor Virginiauntuk berdamai tetapi pihak British mencabuli perjanjian perdamaian dan menyebabkan perang meletus diantara mereka dengan puak Red Indian itu. Akibat rasa kesal dengan kejadian itu, Chief Cornstalk telah menyumpah penduduk kawasan tersebut akan ditimpa malang selama-lamanya…


Chief Cornstalk


Karya-Karya Mothman

Kisah pelik dan aneh tentang Mothman ini juga telah di adaptasikan ke dalam beberapa buah buku juga filem malah siri drama penyiasatan misteri terkenal iaitu X-file juga ada menceritakan tentang Mothman dalam salah sebuah episodnya iaitu Detour.







Beberapa buah filem yang ada kaitan dengan Mothman

Walapun sudah beberapa dekad berlalu tetapi fenomena Mothman ini sangat sukar dilupakan oleh warga pekan Point Pleasant. Mothman amat sinonim dengan pekan ini dan sedikit sebanyak membantu industri pelancongan di pekan ini malah penduduk di sini menjalankan perayaan ulangtahun mengingati Mothman dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku. Mothman telah menjadi identiti kepada pekan Point Pleasant dan masih kekal misteri….


Sekian dari,

Plain Jane

2 ulasan:

apix berkata...

jgn ada kt malaysia sudah..kang org tgkap letak kt taman rama2 :D

plain jane berkata...

Best per..dpt tgk real punyer..malaysie jugak yg femes ade mende ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...