Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Ahad, 27 Februari 2011

Pembunuhan Adik-Beradik Smith

Apakah yang dimaksudkan dengan “Urban Legend”? Mengikut definisi yang saya perolehi ianya bermaksud kisah-kisah popular yang diperturunkan dari mulut ke mulut tanpa dapat disahihkan kebenarannya kerana kekurangan atau tiada bukti. Persamaan kepada kisah “Urban Legend” adalah mitos atau dongengan dahulu kala tetapi apa yang berbeza ialah “Urban Legend” berlaku di zaman moden. Kebanyakan “Urban Legend” yang kita dengari lebih cenderung berkisar kepada kisah seram , aneh atau pembunuhan misteri tetapi “Urban Legend” juga boleh menyentuh pelbagai aspek lain tanpa berkait dengan perkara yang melibatkan aktiviti paranormal.


Dan pada entri kali ini saya ingin menceritakan mengenai salah satu kisah “Urban Legend” yang paling popular pada abad ini mengenai kisah pembunuhan dua orang beradik perempuan keluarga Smith yang dibunuh di dalam bilik tidur mereka. Kisah nya bermula begini…..


John Yang Nakal

John Smith, merupakan seorang anak lelaki tunggal keluarga Smith dan tinggal di Plainfield, Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau masih remaja dan dilimpahi kemanjaan oleh orang tuanya dan ini membuatkan John bersikap agak nakal. Beliau mempunyai hobi suka menakutkan orang dengan cara menghantar emel berantai sekadar untukbergurau dengan rakan-rakan sibernya. Tetapi beliau tidak tahu bahawa hobi peliknya akan memakan dirinya sendiri tidak lama lagi…

Suatu hari pada bulan November 2007, beliau telah menerima emel daripada dua orang gadis yang menamakan diri mereka sebagai “Adik-beradik Smith”. Apa yang menghairankan John ialah mereka mengaku bahawa mereka merupakan kakak kandungnya. Di sinilah saat bermulanya kejadian misteri yang menghantui diri John. Setahu beliau, beliau merupakan satu-satunya anak tunggal ibu bapanya malahan ibu-bapanya tidak pernah sekali pun menceritakan tentang kehadiran kakak-kakakkandungnya kepada nya. Tetapi mereka mengaku bahawa mereka pernah tinggal di rumah itu dan pernahjuga mendiami bilik yang sama dengan John…

John mula menjadi marah dengan pengakuan mengarut daripada dua orang gadis itu dan menyumpah seranah mereka di dalam emel balasan dan menyuruh mereka jangan mengganggu beliau lagi.

Bermulanya Enigma Misteri

Gangguan emel gadis-gadis itu tidak berakhir di situ sahaja. Pada keesokan hari, John menerima satu lagi emel daripada mereka. John sangat terkejut apabila menjumpai gambar dua orang anak gadis di dalam emel itu dengan perkataan “The Smith Sisters Murdered Anonymously” tertera di bawah gambar. Mereka sekali lagi cuba meyakinkan John bahawa mereka merupakan kakak-kakak kandungnya dan pada tahun 1993, mereka pernah tinggal di rumah itu. Di dalam emel itu mereka menceritakan kisah-kisah mereka dari kecil sehingga dewasa, saat-saat bahagia mereka ketika tinggal di rumah itu dan bagaimanakah mereka boleh mati dibunuh…

Di dalam emel yang dihantar itu ada juga menyelitkan keratan akhbar mengenai pembunuhan yang berlaku ke atas mereka.

“In 1993, two sisters were brutally murdered in the small-town community of Plainfield, Wisconsin. Lisa Smith, 19 and her sister, Sarah Smith, 15 were attacked in their parent’s home on the night of November 17th, around 1:30AM. The Smith Sisters were lying in bed when a crazed killer broke into the house. No-one heard them scream. In the morning, their parents found the dead bodies of the Smith Sisters hidden in the bedroom closet. They had been skinned alive. The killer was long gone and no trace of him could be found. They had been murdered anonymously. Police conducted an extensive investigation, but to no avail. The motives for the attack were never discovered, nor was the attacker ever found. The only lead athorities had was a series of strange emails found in Lisa’s computer. The case was closed in October of 2000.”

Terjemahan

Pada 1993, dua orang gadis telah dibunuh secara kejam di sebuah pekan di Plainfield, Wisconsin. Lisa Smith, 19 dan adiknya, Sarah Smith, 15 telah dibunuh di kediaman keluarga mereka pada malam 17 November dijangka kejadian itu berlaku pada pukul 1.30AM. Dua orang adik-beradik ini dipercayai sedang tidur di atas katil mereka ketika penjenayah tersebut memecah masuk ke dalam kediaman mereka. Tidak ada seorang pun yang mendengar jeritan mereka. Dan pada keesokan paginya, ibu bapa mereka telah menjumpai mayat kedua-duanya yang telah disembunyikan di dalam almari bilik tidur mereka. Kulit mereka telah disiat hidup-hidup. Pembunuh itu sudah pun menghilangkan diri tanpa dapat dikesan jejaknya. Mereka telah dibunuh tanpa dapat diketahui identity pembunuh sebenar. Pihak polis telah menjalankan berbagai siasatan dan percubaan untuk menangkap pembunuh tersebut tetapi sia-sia. Motif pembunuhan tersebut tidak diketahui dan pembunuh itu juga langsung tidak dapat dikesan. Apa yang dapat dijadikan bahan bukti hanyalah emel-emel berantai yang telah dijumpai di dalam komputer pribadi Lisa. Kes pembunuhan ini telah ditutup pada tahun 2000.”

Pada pengakhiran emel tersebut, mereka menjelaskan bahawa mereka sangat marah kerana kes pembunuhan mereka telah ditutup dan semua orang telah melupakan mereka. Tambahan pula ibu bapa mereka telah mengambil keputusan untuk mendapatkan seorang lagi anak dan anak yang baru itu dinamakan John Smith. Apa yang sangat mereka kesalkan ialah ibu-bapa mereka langsung tidak pernah menceritakan mengenai kisah pembunuhan mereka dengan adik baru mereka iaitu John.

John menjadi sangat marah dan membalas emel mereka dengan mengatakan yang beliau langsung tidak mempercayai apa yang disampaikan. Beliau tidak mempercayai yang beliau mempunyai pertalian darah dengan dua orang gadis itu mahupun keratan akhbar yang telah dibacanya. Beliau menyumpah mereka di dalam emel dan menyuruh mereka pergi ke neraka terus dan jangan menganggu hidup beliau lagi. Tidak lama selepas itu, beliau mendapat balasan emel segera dari mereka dan dengan dada yang berdebar-debar beliau membuka emel balasan tersebut.

Emel tersebut menyebut “Kalau awak tak percaya, cuba lihat dalam almari awak.” Dengan perasaan yang gementar beliau pun berjalan perlahan-lahan menghampiri almari itu. Beliau membukanya dengan berhati-hati dan tiba-tiba.....

Itulah merupakan detik terakhir buat John Smith. Pihak polis langsung tidak dapat mengesan siapakah yang menghantar emel terakhir tersebut.

Di dalam almari tempat mayat John ditemui, mereka telah menemui mesej yang di ukir menggunakan benda tajam yang tertulis “Lisa and Sarah-1993” dan dibawah nya pula tertulis “John – 2007.”

Selepas kejadian malam John dibunuh, ibu bapanya menjumpai yang budak lelaki itu sudah tiada di atas katil tetapi mereka telah terlihat darah keluar melalui celah-celah bawah almari. Alangkah terkejutnya mereka bila mereka menjumpai mayat John dengan kulitnya telah disiat-siat di dalam almari itu. Keadaan fizikal mayat John sama seperti apa yang menimpa anak-anak perempuan mereka terdahulu.

Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang telah berlaku dan bagaimanakah John boleh mati dalam keadaan yang serupa seperti kakak-kakaknya. Malahan polis pun buntu dalam mencari punca kejadian sebenar. Apa yang dapat mereka jumpai hanyalah emel berantai pengirim misteri di dalam komputer John.

Ibu bapa mereka merasa amat sedih dengan takdir yang menimpa mereka. Bagaimanakah anak-anak mereka boleh mati dalam keadaan yang tragis itu. Susah untuk dipercayai yang peristiwa pembunuhan anak-anak perempuan mereka berlaku sekali lagi terhadap John. Dan apa yang menjadi persoalan misteri selama ini tanpa dapat dirungkaikan ialah siapakah yang membunuh adik-beradik Smith?



Sekian,

Plain Jane

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...