Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Isnin, 12 Disember 2011

Gerhana bulan penyebab bunuh diri?


Perhatian: Entri ini bertujuan untuk mendedahkan sedikit info mengenai fenomena gerhana bulan dan sebagai perkongsian yang bersifat santai dan hiburan semata. Kajian lanjut amat digalakkan oleh para pembaca dan janganlah percaya seratus peratus mengenai apa yang dipertengahkan di sini. Harap maklum.




Dah lama dah aku tak update blog ni, biasala busy. Sesekali tu ada gak terlintas di hati aku
nak buat entri...tapi entri apa hah?

Banyak sangat idea masuk ke kepala sampaikan tak tahu nak pilih mana satu. Last-last satu pun
aku tak buat...hai, mungkin sindrom malas kot...

Tapi kali ni, tetiba je tergerak di hati dan dengan rasa nekad aku pun berusaha merajinkan diri
untuk menulis walaupun satu entri kat sini. Dan aku dah berjaya, yahoo!!!

Dan bersempena peristiwa fenomena gerhana bulan yang baru saja melanda beberapa hari yang lepas iaitu pada 10 Disember 2011 lalu, dengan rasa rendah dirinya aku nak bercerita sedikit pasal gerhana bulan.

Korang tahu gerhana bulan tu apa? Dan macam mana ia terjadi? Tak payah la aku explain kat sini eh nanti korang boring pulak, aku bet korang semua dah tahu dah pasal science explanation ni kan..yelah semua pembaca kan pandai-pandai belaka..

Tapi kan..gerhana bulan ni, kalau nak disentuh dari segi lagenda dan mitos memang banyak gila. Macam-macam la yang kau baca pasal mitos gerhana bulan ni berdasarkan kepercayaan setiap bangsa dalam dunia ni. Yang ni takyah la aku nak cakap, kalau rajin nak tahu jugak boleh rujuk sini.


Tapi bagi kita orang Islam, sangat-sangat digalakkan bersembahyang sunat gerhana bulan sebagai menghargai dan mengakui bukti kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ni. Ni pun aku dah buat dah, Alhamdulillah..

Diingatkan ye, entri ni bukan nak mengajak korang mempercayai tahyul-mahyul ke hapa just nak berkongsi info je ngan korang .

Dari segi kajian saintis barat, ada yang berpendapat kejadian penampakan bulan samada mengambang penuh, sabit atau gerhana boleh mempengaruhi emosi dan perasaan manusia pada ketika itu. Betulka?

Dan kerana inilah, mereka banyak mencipta kisah-kisah hantu seperti werewolves yang ada kaitan dengan kejadian bulan penuh atau kisah dracula atau vampire seperti Twilligt Saga

Ada juga yang dikaitkan dengan kes penderaan, pembunuhan dan juga bunuh diri. Para ahli psikologi dan penyiasat polis dari barat banyak membuat hipotesis mengenai kejadian jenayah yang kerap berlaku ketika fasa perubahan bulan ini.

Kalau korang nak tahu di sekitar malam 28 Ogos 2007, iaitu pada masa berlakunya gerhana bulan pada tahun tersebut, berlaku 3 kes bunuh diri di tempat yang sama iaitu di New South Wales, Australia.

Bagaimana 3 kes kejadian bunuh diri boleh berlaku pada tempat yang sama dan pada malam yang sama takde sorang pun yang mengetahui, kes ini amat membingungkan pihak polis dan menyebabkan mereka membuat kesimpulan yang ia ada pengaruh kepada fenomena gerhana bulan yang berlaku ketika itu.

Mangsa bunuh diri yang pertama dipercayai memanjat ke atas tebing yang tinggi sambil berbogel dan terjun dari situ. Kejadian ini dilihat oleh ramai saksi gerhana bulan pada ketika itu.
Mereka juga mengakui yang mangsa seperti terpukau dengan keindahan fenomena itu dan berjalan ke arah tebing seperti ada sesuatu yang memanggil beliau.


Kejadian di Sydney pulak, seorang lelaki telah menembak mati dirinya di bahagian kepala semasa berada di luar kawasan rumah selepas menembak mati anak jirannya sendiri.


Manakala kejadian yang ketiga pulak, seorang lelaki berumur 55 tahun ditemui mati tergantung di dalam bangunan tempat beliau bekerja di kawasan Pacific Highway.


Kejadian bunuh diri ini amat-amat membingungkan pihak polis, ahli kaji jiwa dan ahli astrologi. Bagaimanakah pengaruh gerhana bulan boleh menyebabkan mereka mengambil tindakan drastik untuk menamatkan riwayat sendiri.

Sebenarnya banyak jugak kajian yang dijalankan oleh saintis barat mengenai pengaruh fenomena bulan mengambang penuh ke atas aktiviti manusia. Mereka berpendapat yang manusia cenderung melakukan aktiviti jenayah ketika fasa ini. Di samping itu jugak, fenomena ini dikatakan boleh meningkatkan jumlah pengambilan alkohol di kalangan peminum arak.

Pihak polis juga mengakui pelaku salah juvana cenderung lebih aktif ketika fasa bulan mengambang penuh ini tapi tidak mempercayai kaitan mitos lagenda dengan fenomena ini.

Apa-apa pun kita sebagai umat Islam haruslah percaya dan mengakui yang kejadian gerhana bulan ini adalah bukti kekuasaan Allah SWT dalam mengurus tadbir alam ini. Janganlah kita mudah nak percaya kepada benda yang karut-marut ni. Berdoalah sahaja agar dijauhi dari sebarang bala bencana.

Sekian.

1 ulasan:

beloGIsam berkata...

salam kenak,,, belogisam disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...