Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Selasa, 23 Jun 2009

Mangaka Jepun Ternama



Junji Ito

Untuk permulaan, saya akan memfokuskan mengenai beberapa mangaka genre seram Jepun terkenal dan karya-karya mereka. Ini akan saya ceritakan secara seorang-demi seorang. Dan mangaka yang saya pilih untuk menjadi tajuk perbualan dalam blog saya pada musim ini (maybe dalam beberapa bulan sebab karya beliau sangat banyak) ialah Junji Ito.

Baiklah, mari kita mengenali dengan lebih dekat mengenai diri beliau.

Junji Ito, mungkin ada segelintir peminat komik seram di Malaysia tahu mengenai mangaka ini dan beliau adalah mangaka seram yang sangat terkenal di Jepun. Beliau dilahirkan pada tahun 1963 di Gifu dan sangat meminati seni lukisan komik sejak kecil lagi. Sejak kecil, Junji dipengaruhi oleh karya-karya nukilan the Godfather of japanese horror, Kazuo Umezu dan gemar melihat kakaknya melukis. Sejak kecil, bakat melukisnya sudah terserlah dan beliau terus melukis sehingga dewasa walaupun sibuk mengikuti jurusan doktor gigi. Beliau juga boleh dikatakan berjaya didalam kedua-dua bidang yang diceburinya iaitu sebagai doktor gigi dan mangaka.

Pada tahun 1987,beliau bergiat dengan lebih aktif dalam dunia komik sejak memenangi Umezu award iaitu anugerah tertinggi untuk mangaka seram memalui komiknya yang bertajuk Tomie (akan diulas kemudian). Sejak dari itu, namanya semakin meniti di bibir peminat-peminat komik seram dan beliau semakin banyak menghasilkan karya-karyanya yang digambarkan cukup eerie, disturbing, bizarre and twisted horror di majalah-majalah komik dan novel grafik seram. Karya beliau sangat unik, cantik walaupun kind of disturbing dan kebanyakan karyanya mengambil gadis remaja sebagai watak utama. Bagi saya, penceritaan karya beliau lebih kepada orang muda atau remaja dan karya seram beliau lebih menyentuh mengenai kejadian - kejadian aneh yang kita tidak pernah bayangkan berlaku di sekeliling kita . Ianya tidak semestinya kisah hantu seperti yang selalu kita baca tapi sesuatu yang misteri membuatkan kita terfikir apakah penyebab kepada kejadian tersebut dan kesan teruknya kepada orang sekeliling.

Diantara karya-karya termasyur Junji Ito adalah seperti Tomie, Uzumaki, Hellstar Remina, Gyo dan banyak lagi. Semua karya ini akan saya ulas kemudian.

Ada juga diantara karya-karya tersebut telah diadaptasikan ke filem seperti Uzumaki, Tomie, Kakashi dan Long Dream. Tetapi filem-filem tersebut mendapat kritikan pedas kerana hasil efek seramnya kurang menyerlah jika dibandingkan dengan komik beliau. Walaubagaimanapun, komik karya beliau adalah yang terbaik setakat yang saya temui buat kali ini. Komik-komik beliau juga mendapat sambutan hangat diluar negara seperti USA, Brazil, Itali dan Perancis juga tidak ketinggalan di beberapa buah negara Asia. Karya-karyanya dialih bahasa ke bahasa asing untuk memudahkan pembacaan. Beliau juga telah berjaya mengumpul peminatnya dari seluruh dunia.

Kesimpulannya beliau adalah mangaka seram yang berjaya meletakkan tempatnya yang tersendiri di hati peminat-peminatnya berdasarkan penceritaan dan gaya lukisan yang unik. Beliau adalah ikon manga genre seram Jepun pada masa kini.



1 ulasan:

miss_joJi berkata...

wahh.. saya pun peminat Junji Ito.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...